Popular Tags:

Umrah 2015

March 14, 2015 at 12:52 pm
image

Sebelum berlepas

Rindu kepada Rasulullah. perjalan umrah pertama kali dalam hidup, bersama dengan isteri. Dua tiga hari sebelum berangkat ke tanah suci, ramai sahabat-sahabat dan jiran-jiran datang memberi ucapan tahniah dan doakan semoga mereka juga akan sampai ke sana.

Dalam lingkungan umur 30 an alhamdulillah Allah bagi kemudahan untuk ku untuk menziarahi rumahnya. Tidak dapat digambarkan lagi, begitu seronak dan teruja untuk menziarahi makam rasulullah dan sahabat sahabat disisinya.

Ketika menulis nota ringkas ini kami berada dalam Kapal Penerbangan Asia X. Sementara menunggu beberapa jam lagi untuk mendarat di Jeddah

image

Kayuhan dalam FRIM edisi 2015

March 3, 2015 at 1:11 pm

image

Minggu lepas berpeluang buat kayuhan ke FRIM bersama beberapa orang cyclist yang berpengalaman. Rupa-rupanya banyak lagi trail yang belum masuk. DREAM trail antara salah satu trail yang kami cuba lalui. Kawasan yang redup dan sejuk pun boleh berpeluh akibat mendaki bukit yang agak mencabar.  Berpusing-pusing dalan frim lebih kurang 2 jam. itu pun banyak lagi jalan yang belum lalui. dari single trail, pikul basikal, campak basikal dan tolak basikal. semuanya ada.

Kesimpulannya bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan mencabar, dicadangkan terokai FRIM.

Sekitar gambar dalam trail di FRIM

image

image

image

image

image

Balik Kampung

February 24, 2015 at 5:35 pm

image

Balik kampung jalan jalan dalam kebun Getah. Alhamdulillah seronok. tapi cuaca di kedah agak panas.

3d studio

January 6, 2015 at 4:56 pm

2 minggu lepas, sempat kami berjalan-jalan ke 3d studio di PD. Terletak di hadapan supermarket Giant. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari KL. itupun kalau highway tak jem. Kalau jem alamaknya ambil masa lama sedikit.

Tempat tu biasa-biasa aje. oleh kerana ramai kawan-kawan yang post dalam fb dan laman sosial yang lain, tentang 3d gallery. terasa jugak untuk pergi ke sana.

image

disini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua

image

image

hari kedua kayuh.

December 17, 2014 at 7:09 pm

cuaca hari ini tidak menentu, ada ketikanya hujan, dan ada ketikanya panas. Keluar rumah awal pagi lagi. Hari ini misi mencari nasik himpit dengan gulai ikan aye. fuh sedapnya. lama betul tak makan benda yang berkalori begitu. sehingga terpaksa isytiharkan “cheatday”.

Singgah restoran makanan pagi yang biasa dikunjungi, apa lagi. pesan nasi himpit dan telur separuh masak.

wpid-img_20141217_073954.jpg

memang kaw-kaw kuah nasi dagang ikan aye dia nih. kat KL memang takkan jumpa, kecuali masak sendiri. Si isteri pulak makan roti tisu. Isteri saya memang jarang makan di luar. Ini kali pertama roti tisu yang ditempahnya.

Boleh tahan rasa sedapnya. Sudah makan saya terus ke kautar bayaran. bayar rm 9.60. murah!!….

Selesai sarapan pagi, terus pulang ke rumah dan terus bersiap untuk mulakan aktiviti kayuhan.

Kayuhan awal sejauh 9.2 km menuju ke Masjid Tengah Zahirah (Masjid Terapung) cabaran paling sukar adalah kayuh disini ketika angin bertiup kencang, terutamanya di tepi pantai.

 

Jpeg

Selesai kayuhan, masjid terapung, terus ke cendering dan membuat pusingan u di persimpangan petronas cendering. sampai di pasir panjang hujan turun renyai-renyai, berhenti ditepi kedai kereta sambil berbual dengan uncle tokei kedai, tentang basikal.

Beberapa minit kemudian, terus mulakan perjalanan ke bukit besar. mengambil masa lebih kurang setengah jam mendaki bukit besar. Kali terakhir naik ke bukit besar ketika umur 11 tahun (darjah 5). Cabaran yang paling getir adalah ketika climbing part 2 selepas signboard “Ya Allah Peliharakan Terengganu”,

 

Jpeg Jpeg Jpeg

 

Selepas turun dari bukit besar, terus menuju ke rumah. Jumlah kayuhan hari ini sejauh 28km. Hasrat untuk kayuh di tempat sendiri tercapai. balik kampung kali ini puas hati,  dapat kayuh basikal di tempat sendiri.

kayuh basikal

December 16, 2014 at 6:39 pm

image

Pagi tadi sempat kayuh basikal di sekitar Kuala Terengganu, Angin bertiup kencang memang agak sukar untuk membuat kayuhan. Perghh 20 km seperti naik genting sempah, penat bukan main lagi.

image

Selesai membuat kayuhan. lepas jugak, gian nak kayuh basikal di tempat sendiri.

Esok kalau ada masa boleh buat kayuhan lagi.

image

Balik dari kayuhan singgah kedai kayoh bike di chabang tiga. Banyak jugak barang dalam kedai dia. setting basikal pun terbaik..

Kota Bharu

December 15, 2014 at 2:05 pm

Perjalanan ke kota Bharu kali ini amat berlainan. tidak terkejar-kejar dengan waktu, boleh berjalan-jalan sepuasnya. Kota bharu yang saya kenal suatu ketika dahulu amat berlainan. Banyak bangunan-bangunan baru yang naik. Maklumlah hampir 10 tahun tidak menjejak kaki ke kb.

image

Banyak tempat yang menarik. dahulunya semasa belajar di kelantan tak terlintas untuk singgah. antara tempatnya ialah Pasar Siti Khadijah.

Pasar yang dipenuhi dengan peniaga-peniaga melayu, bermacam jenis kuih, makanan, buah dan sebagainya.

image

Peniaga-peniaga disana amat baik hati dan mudah untuk tawar menawar. Sarapan pagi kami pun di pasar siti Khadijah.

Seterusnya tempat yang tidak kurang hebatnya di Kelantan ialah PCB (Pantai Cahaya Bulan). dahulunya dengar cerita pantai itu dinamakan sebagai “Pantai Cintai Berahi” tidak berapa lama kemudian dimurnikan oleh kerajaan Negeri Kelantan sebagai Pantai Cahaya Bulan.

image

image

Sehari suntuk berada di kota bharu amat menarik. termasuklah saman parking RM10. Alhamdulillah sempat bayar saman tersebut sebelum keluar dari bandar kota bharu.

Semoga kerajaan negeri kelantan kekal di bawah pentadbiran sekarang. kerana banyak perubahan positif yang kesannya mula nampak pada hari ini. Saya melalui pengalaman berada di kelantan satu jangkamasa yang agak lama. Bermula dari sekolah menengah sehinggalah Pra Universiti.

Dan hasilnya saya nampak pada hari ini. semoga kebaikan dan rahmat kepada kerajaan negeri kelantan sentiasa ditambah.

Jumpa lagi kelate. kawe best gi tempat demo

image

Bermusafir Ke Kelantan

December 13, 2014 at 10:36 am

Jam 7.00 pagi sampai di Gua Musang. Destinasi pertama ke kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, dengan menggunakan bantuan Google maps kami sampai di rantau panjang jam 10.00 pagi.

image

Berjalan-jalan di sekitar rantau panjang. Ini kali pertama singgah di rantau panjang, sepanjang belajar di nilam puri  10 tahun lepas tidak terfikir untuk ke sini.

Fraser Hill

December 12, 2014 at 7:55 am

Mood berjalan sudah datang. ini kali kedua naik ke fraser Hill. Kali pertama naik bersama team accg. Kayuh dari Kuala Kubu Baru kd FH sejauh 43 km.

image

Semalam, kali kedua naik bersama isteri. lepak-lepak dan sarapan di sana.

image

walaupun cahaya matahari terik memancar, tetapi udaranya begitu sejuk. Maklumlah berada di tempat yang tinggi.

image

Sejam berada di sana. kami turun dan selisih dengan geng kayuh yang mendaki ke frase hill.

Install Ubuntu

November 24, 2014 at 4:08 pm

Masa lapang, rileks-rileks install OS ubuntu, yang agak popular di kalangan beginar seperti aku. uhuhuh.

rujukan http://www.ubuntu.com/download/desktop

 

photo_2014-11-24_16-01-25

photo_2014-11-24_16-01-36

photo_2014-11-24_16-01-43

 

photo_2014-11-24_16-01-46