HM pulang dengan bermaruah

Semalam menyaksikan perlawan pelengkap kumpulan Piala ASIA, antara Korea vs Malaysia, saya bukan lah pengulas sukan, tengok bola semata-mata hobi sahaja, dan tidak sampai sanggup habiskan wang ringgit yang beribu-ribu untuk menonton bola, tapi saya tetap menghargai mereka yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk melihat perlawanan yang hebat semalam. Sebelum komen lebih banyak saya ucapkan syabas dah Tahniah kepada seluruh Team Harimau Malaya, tertutamanya KPG dan anak buahnya. Mereka berusaha yang sedaya upaya untuk tidak menghampakan peminat negara terutamanya mereka yang pergi ke DOHA semalam.

Saya mengikut semua perlawanan malaysia dengan group kumpulan, semalam ada perlawanan yang paling membanggakan ada peningkatan dari segi penyudah dan pertahanan, saya tidak tahu bagaimana mahu mengulasnya, mungkin kaki bola yang melihat lebih detail, cuma saya perasan ada beberapa perkara yang berlaku pada pemain Harimau Malaya.

Pertamanya apabila bola berada di kaki pihak lawan (korea) kebanyakkan pemain kita tidak mahu menutup sepenuhnya ruang, tidak seperti permain korea. Saya lihat beberapa situasi semalam, apabila bola berada di kaki pemain malaysia, setiap pemain korea terus menutup ruang untuk pemain malaysia bergerak bebas, kadang-kadang 3 orang terus masuk berhadapan dengan pemain malaysia. Ini lah situasi yang saya perasan ketika perlawanan semalam. Saya rasa orang lain pun perasan benda yang sama. Kita lebih suka menuggu daripada action terus. Maaf kalau ini sangkaan saya. Tetapi apa pun yang berlaku semalam Team Harimau Malaya tetap terbaik.

Keduanya,  stamina pemain HM masih belum cukup untuk mengatasi pemain-pemain di peringkat antarabangsa, isu fizikal pemain HM memang lebih rendah berbanding dengan mereka, tetapi kalau kita ada 10 orang yang sama larian seperti Arif Aiman, lincah seperti Faisal Abdul Halim, pasti itu adalah faktor kejayaan untuk HM melangkah dengan lebih jauh lagi. Walaubagaimana persembahan yang diberikan semalam amat menari dan berpuas hati.

Semoga KPG masih kekal menjadi ketua jurulatih untuk HM agar boleh melangkah ke stage yang berikutnya, Mungkin Piala Dunia nanti.

 

 

design by @pedagmujahid.net 2024