Surah Al-Mulk Request dari USIM

Isu yang selalu di hadapi oleh designer adalah untuk rekacipta layout yang menggunakan text Quran. sebenarnya ada beberapa cara untuk buat type setting al-Quran.  Mengikut selera dan cita rasa pengguna itu sendiri.

 

Quran In Word 

ini adalah kaedah yang sangat popular pada awal tahun 2000. Kaedah ini mula di cipta oleh pakar komputer di Indonesia, kalau tidak silap dipelopori oleh Tuan Muhammad Taufiq. dari version 1.0 sehinggalah 3.0. Aplikasi ini di integrasi dengan pengguna Microsof Word. Pengguna hanya perlu ‘generate’ ayat dan surah yang mana dikehendaki. Microsoft Word akan pamirkan apa yang diminta.  Cuma Kaedah ini tidak sesuai untuk pengguna indesign. Kerana apabila ‘paste’ di Aplikasi Ingesign akan keluar ralat ‘error’.

 

 

Mushaf Madinah Versi APPS

Mushaf Madinah didirikan oleh King Fahd menggunakan mediaum Quran Complex.  Saya mula menggunakan aplikasi ini agak lama, kebaikan apps ini adalah quran tidak perlu di tulis secara manual. dan perlu ‘generate’ sama seperti quran ini word. kelebihannya juga adalah text memang sama dengan tulisa resm uthmany seperti mana al-Quran yang di pasaran malaysia.

Cara install agak rumit sedikit, kerana perlu kepada pertukara sistem OS ke Arabic lang untuk kali pertama. selesai Intall aplikasi ini. boleh ditukarkan kembali ke language yang biasa digunakan. Agak ‘tricky’ ramai juga kawan-kawan yang belum biasa dengan sistem dual language akan menghadapi kesukaran untuk memasang di komputer mereka.

Ramai designer atau DTP artist yang menggunakan aplikasi untuk menyelesaikan tugasan yang berkaitan dengan al-Quran, antara sebab yang menarik aplikasi ini boleh di eksport ke format Photoshop, Indesign dan Ilustrator. Ini menyenangkan banyak kerja editor, tetapi walau bagaimana pun sistem ini ada kelemahannya, iaitu tidak disertakan dalam versi MAC os. menyebabkan limited untuk pengguna iMac.

 

Buat masa ini dua cara dahulu saya kongsikan disini. masih ada beberapa cara lagi untuk menulis text al-Quran dalam layout.  Nanti saya akan tulis lagi.

Ini adalah text quran di hasilkan menggunakan Vector al-Quran yang dikeluarkan oleh King Fahd. Nanti saya akan ceritakan bagaimana untuk mendapatkan vector al-Quran ini.

design by @pedagmujahid.net 2024