Israk Mikraj 2024

Peristiwa Israk mikraj berlaku tahun ke 12 kenabian Nabi Muhammad. Peristiwa ini adalah satu mukjizat yang besar terjadi kepada Baginda SAW. Perjalanan baginda bersama Jibrail menggunakan tunggangan Buroq, dari Kota Mekah ke  Palestin dan terus ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah SWT.

Peristiwa ini adalah selepas berlaku beberapa ujian yang cukup dahsyat dan menyayat hati baginda. Kematian Isterinya tercinta dan bapa saudaranya Abu Talib yang selama ini melindungi dan menjadi tulang belakang kepada Dakwah Rasulullah semasa hayat mereka. Kemudian Rasulullah dijemput Allah untuk bertemu dan menghiburkan hati baginda.

Perjalanan baginda selama 3/4 malam, sekembalinya baginda ke Mekah sebelum terbitnya fajar. Pelbagai peristiwa yang berlaku ketika Israk dan Mikraj baginda.  Ketika perjalanan menuju ke Baitul Maqdis Jibril AS telah mengarahkan Rasulullah SAW untuk bersembahnyang dua rukaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Negeri Thaibah (Madinah), Bukit Tursina dan Baitul Laham. Apabila sampai di Baitul Maqdis Baginda telah mengimamkan solat dua rakaan dengan para anbia menjadi makmum.

 

design by @pedagmujahid.net 2024