Tahun 2024

Perjalanan 2024 baru sahaja bermula, kini berada pada minggu kedua, tahun lepas kita dikejutkan dengan berita tentang kekejaman Israil sehinggalah berakhir tahun 2023 israel belum menujukkan untuk mengendurkan serangan merekat terhadap sahabat-sahabat kami di Palestin. Semoga Allah membela sahabat kami di sana. Kami tidak mampu menolong selain sumbangan berbentuk kewangan dan kiriman doa kepada mereka. Semoga Allah tunjukkan lepada mereka (Israel Laknatullah) balasan yang setimpalnya kepada mereka. Sahabat kami #palestindoakusentiasabersamakmu.

Di Malaysia banyak isu yang timbul. Saya politik saya dah muak, semuanya ada hujah dan idea masing-masing untuk mempertahankan parti politik masing-masing, orang kita berpolitik seolah partinya sahaja yang betul dan parti orang lain salah. Sama sahaja apabila berada di pihak manapun. Pemikiran politik di negara kita lebih menyebabkan kita bergaduh antara satu sama lain dengan mengenepikan pendapat dari puak yang lain. Ini tidak bagus kepada sesuatu negara, kadang-kadang di peringkat atasan okey sahaja bersemuka, yang lebih parah apabila berada di peringkat bawahan mereka bergaduh dan membenci sesama sendiri akibat fahaman politik yang mereka ini.

Gerakan Subuh seperti jumaat yang dibawa oleh seorang artis iaitu alif satar, saya tabik beliau yang mula menggerakkan  kampen ini di peringkat ini. Sambutan yang luar biasa sehinggalah mencetuskan fenomena di luar negara juga. Advantage isu ini adalah dari rentetan isu Israel menyerang palestin. Banyak masjid yang berada di malaysia terutamanya di sekitar ibukota mula mengadakan kempen tersebut.  Semoga kempen ini berterusan sehinggalah tiada titik noktahnya kecuali kiamat.

 

design by @pedagmujahid.net 2024