Bismilillah… Perjalanan Ibadah yang mendamaikan…

Pagi ini buat persiapan untuk perjalanan yang jauh dan masa yang lama. Tinggal permata hati baba dan mama buat masa yang lama juga. Allah hanya tahu bertapa rindunya kami pada anaknda nanti. Selepas 18 tahun Allah hadirkan Hanan dalam hidup baba dan mama. Seusia Hanan 11 bulan Allah rezekikan baba dan Mama menunaikan haji.  bermula episod mendebarkan buat baba dan mama. Semoga Hanan sentiasa di bawah jagaan Allah. Insha Allah m.lang dan P.lang tengokkan Hanan.

Kemas bag. Kami akan berangkat selepas Asar, dan melapor diri ke muasasah jam 7.55 di Raia Hotel Kepala batas. Semua jemaah haji dari kedah menggunakan pakej muasassah akan berkumpul disini.

Tepat jam 5.15 majlis bacaan doa yang diketuai Oleh Ustaz Nik. Panjang bacaan doa dari beliau, satu satu saya amati, kadang kadang ada nada sedih apabila disentuh bab anak, terus teringatkan Hanan, tetapi kami kuatkan hati demi perjalanan rohani kali ini. kami yakin dan pasti Insya Allah, Hanan  kami serahkan dan tawakkal kepada Allah.

Selesai membaca kami bersalaman, dan terus naik kereta menuju ke tempat berkumpul. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Sampai sahaja di sana Allah mudahkan urusan pendaftaran. perkara pertama perlu di daftar bag sahaja. kemudian kami berkumpul di bawah khemah yang disediakan, rezeki hari ini, hujan turun agak lebat,  mak, abah, adik ikhwan, nisak dan anak-anak berteduh di bawah khemah yang disediakan sementara menunggu hujan reda.

Selepas hujan mula reda ramai keluarga jemaah haji memohon untuk pulang, masing-masing bersalaman dan ada yang tunggu sambil menunaikan solat Maghrib berjemaah, lebih kurang jam 8.00mlm jemaah haji diminta berkumpul untuk mendaftar diri dan mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Petugas yang di sediakan oleh tabung haji. Nasihat yang biasa kita dengar tapi harus di ulang. kadang-kadang kita mungkin terlupa. Kami mula bertolak dari Alor setar ke KLIA jam 11.50 malam.

Jam 12.50 pagi kami sampai di KLIA di sini diberikan kad nusuk, dan juga border pas penerbangan. Beberapa urusan yang berkaitan dengan KASTAM dan kedutaan arab saudi juga di lakukan disini. Tepat 4.05 pagi kami bertolak dari KLIA menuju ke medinah.

Nota catatan ini ditulis di dalam pesawat MH nanti sambung lagi 06.00 pagi

design by @pedangmujahid