Masih berbaki 9 hari untuk waquf, hampir dua minggu berada di tanah Haram Makkah, aktiviti harian disini seperti biasa ulang alik dari penginapan ke masjid, kebetulan jaraknya lebih kurang 900 meter, ini adalah bangunan hotel tabung haji yang paling dekat dengan masjid. Cuaca disini semakin panas kadang-kadang mencecah 43 darjah celcius waktu tengahari, kami dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar.
Awalnya ketika kami sampai di Makkah, Uzair sepupu isteri, mesej katanya nak bawa kami berjalan-jalan di sekitar kota makkah, beliau sampai lebih awal dari kami. Tempat tinggal kami berjauhan antara satu sama lain. Kami di zon B manakala Uzair di Zon A. Pagi itu kami bersepakat untuk keluar bersama-sama dengan beberapa orang sahabat sebilik dengannya. Pagi itu saya menempah teksi ke hotel beliau jarakanya lebih kurang 2Km dari tempat kami, setelah beberapa minit saya dan isteri sampai hotel beliau. Kami menunggu van untuk sama-sama menuju je gua Hira’ semuanya diruskan oleh Uzair, Setelah beberapa minit kami menunggu van pun sampai , van agak mewah besar dan cantik ini murapakan Van standard pelancongan di Makkah yang diuruskan oleh Nozoli iaitu agensi yang bertanggung jawab berkaitan pelancongan di Makkah. Perjalanan kami tak jauh masih di sekitar tanah haram, setelah beberapa minit kami sampai di gua hira. persekitaran yang amat berbeza yang pernah saya datang 13 tahun yang lepas, disini sudah ada banyak kedai, tempat makan dan dua muzium iaitu Muzium wahyu san muzium Al-Quran. kos untuk masuk kedua muzium ini dalam lingkungan SR 60 untuk setiap seorang.
Apa yang ada dalam Muzium Wahyu.?
Setelah membeli tiket kami beratur dan masuk ke muzium, kami di beri masa beberapa minit menuggu sementara pihak muzium menyediakan translator dalam bahasa melayu, kami di bawa oleh translator untuk melihat visual berkaitan penurunan wahyu, bermula dengan pengkisahan Bapa kepada Manusia iaitu Nabi adam a.s kemudian Nabi Nuh, nabi Ibrahim, nabi musa seterusnya Nabi Isa dan berkakhir dengan Nabi Muhammad SAW. Perkisahan tentang nabi Muhammad lebih detail sedikit, bermula kelahiran baginda, awal penurunan wahyu, penghijrahan nabi ke madinah dan akhirnya sedikit berkaitan selepas penurunan wahyu iaitu berkaitan dengan pengumpulan Al-Quran yang dilakukan oleh sahabat baginda dan tabie tabiien. Kemudian kami di bawa ke bahagian replika gua hira saiz yang sama cuma di buat di bawah kami tak perlu mendaki untuk melihat gua hira di atas.
Kemudian kami pergi ke muzium Al-Quran di gua Hira. di sana kami melihat proses pembukuan al-Quran dari zaman Abbasiyah sehinggalah zaman uthmaniah, penulisan dari pelbagai negara termasuk ada dari eropah seperti dari sepanyol. Melihat bertapa sukarnya pembukuan al-Quran dahulu, zaman kerajaan Islam ketika itu tidak memilki mesin cetak, al-Quran di tulis di merata-rata tempat di pelapah tamar, di kulit kayu dan ada juga yang di tulis di batu.
Buat masa sekarang kesihatan saya dan isteri masih terkawal, cuma batuk-batuk kecik yang perlukan rehat, akibat cuaca dan udara yang kering serangan batuk kebanyakkan di alami oleh Jemaah Haji Malaysia.