Kami tiba di madinah awal pagi, iaitu selepas waktu subuh. Madinah, kecintaan kepada bandar ini bukan biasa-biasa. disini di semadikan jasad manusia yang paling mulia dan sempurna, Rasulullah SAW dan bersama 2 orang sahabat baginda iaitu Saidina Abu bakar r.a dan Umar r.a. kami diberikan untuk rehat dan buat aktiviti sendiri pada hari pertama. Ini adalah kali kedua kami menjejak kaki di bumi yang barakah ini. sapaan penduduk madinah yang mesra dan tidak kedekut dengan senyuman lebih rasa damai disini. Kami berjalan-jalan disekitar sambil menunggu masa ke masjid untuk menunaikan solat fardhu zohor. Saya pergi awal menziarahi Rasulullah saw dan memberi salam kepada dua sahabat baginda, ingatan 2013 masih segar lagi, ketika pertama kali menjejaki kaki di bumi madinah. Ingatan tentang Babus salam, melalui laluan untuk bertemu dengan Rasulullah. bersolat di raudah, berjalan- jalan di sekitar Masjid Nabawi.
Selesai menunaikan solat zohor, kami kembali ke bilik. keluarkan barang-barang yang kami bawa dari tanah air, untuk di gunakan sepanjang kami berada di madinah. Mengikut jadual yang disediakan oleh TH kami yang 5-6 hari sahaja berada di Bumi madinah, selebihanya kami akan ke makkah untuk urusan Ibadah haji disana.
TH sudahpun menyusun beberapa program sepanjang keberadaan kami di madinah, seperti ziarah dalam dan Ziarah luar. Ziarah dalam dilakukan pada hari kedua kami berada, Kami di bimbing oleh petugas TH tentang beberapa lokasi penting di sekitar Masjid Nabawi. Kami di kenalkan dengan Masjid Bukhari, lokasi yang tersangat hampir dengan lokasi kami menginap, kemudian kami dibawa pergi di hadapan pintu pagi masjid nabawi dan di maklumkan kod color dan no pintu masjid setiap sisi ada warns yang berlainan. Kemudian kami di pula ke sebelah kanan masjid bermula di Thaqafah Bani Saaidah, sambil di ceritakan oleh Petugas TH berkaitan dengan tempat tersebut dan sejarah tempat itu. Kemudian Ke Masjid Umamah dan seterusnya di hadapan Kubah hijau. Program Ziarah dalam berakhir di situ sambil saya memerhatikan sekumpula manusia beratur untuk tunggu turn memasuki Raudhah.
Keesokan harinya kami di bawa untuk ziarah luar, dibimbing oleh adik-adik yang belajar di Universiti Madinah kami di bawa ke bukit uhud, melihat sekitar peristiwa berlakukan peperangan uhud, dan jasad 70 syuhada yang gugur di medan uhud dan salah seorangnya bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu saidina Hamzah. kemudian kami di bawa ke ladang kurma dan beberapa tempat lain sepanjang berada di Madnah.
Hari ketiga kami di bawa untuk masuk ke dalam Raudah, ini adalah aktivit wajib yang TH sediakan untuk tatamu Haji pada setiap tahun. Bagi Jemaah Haji Wanita akan masuk pada jam 6.00 pagi manakala untuk jemaah lelaki selepas asar jam 4.00 petang. TH hanya hantar satu permohonan untuk setiap orang masuk ke dalam Raudhah dan selebihnya kita perlu buat tempahan sendiri menggunakan Apps Nusuk yang telah disediakan oleh pihak Arab Saudi. Alhamdulillah sepanjang saya berada di Madinah direzekikan solat di raudhah sebanyak 6 kali termasuk solat fardhu Isyak. Dalam Raudah ada di katakan tempat yang mustajab doa, sebab itu ramai jemaah berebut-rebut untuk menunaikan solat di dalamnya. dan satu lagi Raudah juga adalah tempat yang paling hampir jasad Rasulullah disemandikan.
Pengguna Apps Nusuk biasanya diberikan satu tempahan sahaja untuk setiap tahun, maksudnya kalau sudah berjaya buat tempahan tahun ini. untuk tempahan seterusnya bermula tahun hadapan pula, itu secara asasnya (default) tetapi secara teknikal pengguna nusuk boleh buat tempahan lain, apabila dibuka untuk tempahan segera (instant) – biasanya ada emoji ⏳ di setiap waktu yang ingin ditempah, permohonannya mesti dibuat 2 jam kurang atau lebih pada masa yang dikehendaki. Sekiranya ada rezeki Insya Allah terpilih. Ini berdasarkan pengalaman sepanjang 5 hari berada di sana.
Hari berikutnya kami suami isteri berjalan di sekitar bandar madinah. ada tempat yang tidak pernah kami sampai, kali ini kami pergi. melihat ada beberapa kawasan yang tersembunyi dari kebanyakkan jemaah haji Malaysia, seperti dalam perjalan menuju ke Quba ada satu tempat di namakan Quba Street. Bangunan yang dibina persis bangunan di pinggir kota, jalan berdebu dan berlopak lebih nampak seperti lokasi asal penduduk madinah, dicelah celah bangunan ada kedai-kedai makan kecil, kedai runcit satu pintu dan kedai gunting, semua berlatar belakang kedai persis zaman 90an. Mungkin disitu masih berbaki peninggalan kedai lama selepas pembangunan pesat di sekitar kota Madinah. Bersyukut saya dapat melihat dengan mata sendiri. Ini adalah pengalaman yang berharga untuk saya. lokasinya berhadapan Masjid Nabawi, lebih kurang 500-700 meter dari Masjid Umamah, disitu kebanyakkan di kunjungi oleh penduduk tempatan harga barang pun tak setinggi penempatan di kawasan Hotel.
Hari ini kami terus perjalanan Ibadah kami untuk menuju ke mekah, seawal 3.30 pagi sebelum waktu subuh, kami mulakan ziarah wada, berkunjung di permakaman Rasulullah, memberi salam dan berdoa kami akan diberikan rezeki dan peluang untuk menziarahi baginda lagi. Sebelum Keluar dari kota Madinah kami saya nyatakan hasrat saya pada isteri, sekiranya ada rezeki kita menetap lebih lama di Madinah bawa anak sekali. Amien mudah-mudahan ia akan dimakbulkan.
Begitulah Istimewanya Madinah di hati kami dan hati orang yang pernah mengunjungi, walaupun bukan tanah Air, tapi apabila dekat bersama Nabi, kami rasakan itu juga tanah air kami.