Jambore Lasak 360

jamborelasak (Large)

Ini adalah pertama kali mengikuti jamboore basikal. Perhhh memang penat. target tercapai walaupun mendepat tempat yang agak banyak. Maklumlah kali pertama masuk jambore. tidak sama dengan orang yang sudah biasa berbasikal. Perjalan agak menarik. mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk melengkapkan kayuhan offroad sejauh 35km dan setinggi 500 meter dari aras laut. 🙂 seronok tidak terkata, penat sehingga terduduk. Mujurlah tidak berlaku sebarang kekejangan otot. Mungkin ini adalah hasil latihan berbasikal setiap pagi sebelum masuk office. 

Bulan depan ada satu jamboree lagi. dengar kata diorang lebih mencabar daripada ini. Insyallah ada rezeki mahu turut serta. Berbasikal bukan sahaja untuk kesihatan jantung dan badan. Apa yang lebih penting dari itu adalah sifat penyabar dan berfikiran positif ketika menunggang basikal. Ini adalah elemen yang paling penting diterapkan kepada penunggang basikal. Kerana setiap trail yang di lalu pasti cabarannya berbeza. Oleh itu minda yang kuat sahaja yang mampu untuk meneruskan setiap kayuhan tersebut.

Semoga perkongsian sedikit ini boleh memberi manfaat yang baik kepada anda semua.

design by @pedagmujahid.net 2024