Kayuhan Hari Wilayah

Hujung minggu lepas saya mengikuti satu lagi kayuhan berbasikal. Jaraknya tidak la jauh. biasa-biasa sahaja. Bersama dengan team ACCG kami mula bergerak dari gombak dengan kereta masing-masing seawal jam 5 a.m. Alhamdulillah sepertimana yang dirancang. kami sampai dan berjemaah subuh di masjid besi putrajaya. Bukan dari Team Accg sahaja. Ramai lagi yang berjemaah di masjid. Kayuh-kayuh juga solat subuh jangan ditinggalkan . Lebih afdal solat berjemaah di Masjid.

IMG_20140209_064118 (Custom)

 

Selesai sahaja solat subuh. kami berkumpul di hadapan bangunan kehakiman putrajaya. lebih kurang jam 7.00 pagi, peserta-peserta kayuhan semakin ramai. Kali ini dijangka seramai 5000 orang yang akan menyertainya. Kami bersarapan bersama, berbekal kupon yang diberikan. Alhamdulillah kenyang.

IMG_20140209_082803 (Custom)

Lebih kurang jam 8.00 pagi taklimat dimulakan. lautan manusia yang meryetai kayuhan  membanjiri dataran putrajaya. tidak mengira usia, tua dan muda. Sama-sama ingin menikmati kayuhan tersebut. Tepat jam 8.30 pagi peserta kayuhan dilepaskan perlahan-lahan. Masing-masing berbasikal pelbagai warna dan jennis. dari Roadbike , MTB, Fixi, Folding bike dan pelbagai lagi.

Tidak sampai suku acara kayuhan ada seorang team ACCG menghadapi masalah. Kayuhan kumpulan kami terpaksa diberhentikan untuk memberi bantuan kepada beliau. hampir 30 minit kami cuba membantunya.

IMG_20140209_085917 (Custom)

 

Selepas beberapa ketika, selepsai sahaja membaiki rantai kami teruskan kayuhan, tapi kali ini dengan kadar yang agak laju kerana ingin mengejar team yang berada di hadapan. Alhamdulillah kami sempat sampai di Stadium bukit jalil 45 minit berikutnya.

IMG_20140209_102350 (Custom)

 

Selepas setengah jam berehat di bukit jalil Pihak penganjur melepaskan kami kembali untuk kayuhan balik ke putrajaya. Perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, Sehingga 5 km dari garisan penamat basikal aku menghadapi masalah. Tayar pancit. Ini adalah pengalaman yang mengecewakan, tidak dapat menghabiskan kayuhan tersebut.

IMG_20140209_121848 (Custom) IMG_20140209_121843 (Custom)

Tersidai di tepi jalan. Hampir satu jam saya terpaksa menunggu lori untuk mengangkut jentera dan tuan jentera sekali. Hahahaha. Walau apa-apa pun, teta puas hati dengan prestasi diri sendiri. Boleh kayuh sejauh 40 KM sahaja.

Ada pengjaran di sebalik tayar pancit. hahahah pertama sila bawa peralatan yang secukupnya ketika menyertai acara yang besar sebegini dan yang kedua, jangan terlalu ambil jalan di sebelah kiri kerana banyak paku-paku yang ditabur.

design by @pedagmujahid.net 2024