Minggu ini penuh dengan sikap malas untuk bersukan, setitik peluh pun tidak dihasilkan daripada aktiviti bersukan bermula dari hari sabtu sehingga Ahad. Pagi ini bangun buat kerja rumah. Bersih halaman rumah, berkebun sikit (konon), basuh lantai parkir kereta. Berpeluh lah juga walau mungkin hanya membakar 20 kalori sahaja. Melihat pokok-pokok di depan rumah hati rasa berbunga-bunga, usaha untuk tanam sendiri beberapa pokok berjaya, dan mesti terus belajar bagaimana nak menyuburkan pokok sumber utama bapa mertua dan google. Ini adalah pokok roselle semakin hari daunnya semakin hijau, harap boleh tahan lama. Cuma buat masa sekarang bunganya sahaja belum kunjung tiba. Tunggu 2 bulan lagi agaknya. Ini benih kubis masih baru, baru dua hari tanam, tak tahu nak jadi apa lagi, mungkin berbunga atau tidak, mengikut pembacaan di internet, hasil penyelidikan secara rambang tanaman kubis ini agar sukar untuk hidup, perlu penjagaan yang rapi, walaubagaimanapun tetap harus cuba menanamnya Ini benih terung bulat, sayuran yang mempunyai pelbagai khasiat, namanya sayur mesti banyak khasiat kan. Masih sama dengan kubis cuma disemai awal sehari dari kubis Manakala ini pula adalah semaian tomato, mengikut pembacaan di internet pokok tomato agak mudah untuk ditanam, penjagaan tidak rapi sangat sebagaimana kubis dan terung. Yang ini pula hasil campak campak biji cili di halaman pasu. Hahaaha ini hanya eksperimen campak campak sahaja.. Semoga percubaan menanam kali ini berjaya. Berusaha tanpa rasa berputus asa…..

design by @pedangmujahid