Trail Bukit Botak @ Cerakah Puncak Alam

Bulan lepas si isteri menjalani ujian darah, kesan ujian agak merunsingkan hatinya. maka timbulah perasaan insaf untuk bersenam :P,  Aktiviti pilihan adalah hiking, oleh kerana kami hanya mempunyai masa hujung minggu yang agak panjang dan boleh lari daripada kesibukan kota. Kami ambil keputusan untuk hiking minggu lepas. 

Saya mula mencari ‘search di google’ tempat yang boleh kami mulakan aktiviti beriadah bersama-sama di hujung minggu. Keyword ‘ Hiking di Kuala Selangor’ tidak sampai 5 minit tertera beberapa tempat di listkan dalam handphone saya. Saya terpandang Bukit botak Puncak Alam. Terus klik dan baca beberapa info penting.

Jarak rumah kami dari puncak alam hanya 12-15km. maksudnya masa yang di ambil lebih kurang 15 minit sahaja.  Pagi ahad awal-awal pagi kami keluar dari rumah dengan berpandukan waze menuju ke lokasi tersebut.

Jam 7.00 pagi kami sampai dilokasi trail. kami orang yang kedua sampai. sebelum kami ada satu couple melayu yang baru start mendaki, saya rasa mereka mungkin sudah biasa di kawasan ini.  Kami memulakan perjalan jam 7.10 trail yang  sesuai untuk kami yang baru nak berjinak-jinak dalam aktiviti ini.

Selepas 58 minit kami mendaki akhirnya kami sampai di check point. Alhamdulillah segala-galanya selesai. Kami menikmati udara di puncak trail tersebut. bergambar sekeping dua akhirnya kami mengambil keputusan untuk turun sebelum matahari menegak tinggi.

Jalan turun tidak terlalu sukar, dan tidak perlu mengambil masa yang lama. Alhamdulillah kami sampai di tempat parking kereta jam 10.30 pagi. Selesai aktiviti hari ini. Next trail..? tunggu aje la

 

 

Seronok apabila sampai di penghujung Trail.

 

Kawasan yang bakal ditarah tidak lama lagi

 

 

design by @pedagmujahid.net 2024