Tahun ini aku target untuk turunkan berat badan sebanyak 8KG. dari 78 sehingga 70KG. Ada beberapa perkara yang seharusnya di lakukan untuk turunkan berat badan sebanyak itu.
Antaranya ialah senaman pagi seperti biasa. iaitu berbasikal selama 1 jam setiap hari. Paling minima adalah 3 kali seminggu
Selain itu cara makan harus di jaga. Jangan terlalu overload carbo dan jangan terlalu kurang. Erti kata lain, makanan seimbang. Makanan merupakan penyumbang yang besar terhadap penambahan berat badan. Dulu memang aku tak kisah nak bedal apa jenis makanan asalkan nafsu puas hati. Tetapi sekarang alhamdulillah ada juga sedikit kesedaran untuk mencatu beberapa makanan yang tidak diperlukan dalam badan sendiri.
Antara makanan yang sudah bercaya di catu.. Air Berkarbonat (Air Gas). rasanya hampir 3 tahun sudah tidak menegur Pepsi, coco cola dan seangkatanya dengannya. Boleh hidup macam biasa. Kurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Itu kena define sendiri apa makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
