Kali ini menanam 4 pokok kopi jenis Robusta. Mula minat kopi brew ketika waktu pkp sekitar 2019, sebelum ini memang minum di kedai sahaja, banyak kedai yang menawarkan kopi premium dengan harga yang boleh tahan poketnya. 🙂 kemudian waktu PKP tahun 2019 mula membeli mesin kopi yang murah dan belajar brew sendiri. Rupanya kalau brew sendiri rasa kepuasan yang amat berlainan.
Isnin minggu lepas saya mengunjungi Hari bertemu pelanggan yang di anjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah, ternampak pokok kopi yang dijual dengan harga RM 10.00 saya kira agak murah. Terus ambil 4 pokok kopi variati Robusta dan satu pokok kopi Variarti Arabica. Buat masa sekarang hanya tanam yang jenis Robusta sahaja dulu. Arabica masih di dalam polybag, Mencari kawasan yang sesuai untuk tanam.
Kenapa saya tanam kopi ? sebenarnya tanam kopi ini, lebih kepada kepuasan rasa seronok tanam lain dari yang lain. Selain membela pokok durian yang agak mencabar, saya cuba tanam kopi pula. Mana la tahu, satu hari nanti boleh jadi ladang kopi pula. Kopi kebiasanya mengambil masa lebih kurang 2-4 tahun untuk berbuah, bergantung jenis dan keadaan pembajaan yang di lakukan. Saya target umur 3 tahun sudah boleh makan hasil. Nanti saya akan upadate lagi untuk pokok kopi.