Berpeluang edit dan layout buku keluar Pusat Zakat Wilayah, PPZ. Buku ini diberi percuma kepada pembayar-pembayar zakat di bawah Pusat Zakat Wilayah, Cetakan tidaklah banyak sangat hanya 500 naskhah sahaja.
Apa yang menarik buku ini ? buku ini adalah lebih simple berbanding tafsir quran yang ada di pasaran, bacaan ringan dan sesuai dibaca oleh semua golongan. ada 4 item dalam buku ini.
- Dibahagikan mengikut tema dan tema berdasarkan tajuk yang penting dalam sejumlah ayat
- Perincian tentang keterangan setiap ayat dalam surah hud.
- Huraian petujuk ayat
- Kaedah beramal berdasarkan setiap ayat dalam surah Hud.
Buku ini adalah buku siri ke 17 yang dikeluarkan oleh PPZ.
Mengandungi 14 tema dengan 118 ayat dalam surah hud. Kepada pembayar-pembayar zakat PPZ Wilayah. semoga anda semua dapat mengambil manfaat dengan buku ini nanti.
