Seusai solat subuh terus pulang ke rumah, hari ini akan ke #kingpatin selayang untuk monitor sistem POS semalam. Hari ini secara rasmisnya #kingpatin akan ambil order dan buat bayaran menggunakan sistem tablet, tiada lagi manual order, sama ada makan disitu atau dibungkus

Al-quran terus akan meninggalkan kita sekiranya kita melupakannya, perkara ini kerap berlaku kepada kita, suatu masa dahulu mungkin surah-surah ini jadi nyanyian yang terbit dimulut-mulut kita tapi hari ini berlainan pula nadanya.
Pagi ini mencapai naskhah Al-Quran, membuka helaian dari satu helai ke satu helai, tanpa membaca apa-apa surah pun otak mengimbau zaman sekolah menengah dahulu, setiap pagi rutin harian adalah menghafaz surah surah tertentu, tetapi sekarang rutin itu sudah tiada. Harap boleh teruskan kembali untuk sisa umur yang berbaki ini.
Semoga Allah ampunkan dosa aku dan dosa keluargaku.
#moodnakberubah #memorisekolahmenengah