Sibuk Hal di rumah

Pagi Uruskan Tanaman Sekitar Rumah

Pagi ini tidak ke mana, selepas pulang solat subuh di masjid bersama isteri, kami bersarapan. biasalah sarapan ringkas, hari ini hari cuti bagi negeri kedah. Jadi cikgu tak mengajar hari ini.  Nak jadikan rezeki hari ini, ada hamba Allah buat amal jariah di pagi jumaat, semua yang beli nasi lemak, kuih atau apa-apa makanan sudah di bayar. Semoga Allah murahkan rezeki hamba Allah itu. Biasanya waktu pagi saya tak makan banyak, cukup dua tiga keping kuih sahaja.  Selesai sarapan pagi.  Saya keluar ke laman rumah, buat bancuhan Foliar dan racun serangga untuk tanaman sekitar rumah, seperti terung, sawi betik dan kubis.  Ini sekadar hobi di waktu lapang ketika di rumah. Maklumah orang dah pencen awal jadi hobinya banyak sangat.

Layan Movie Neflix dengan anak-anak buah

 

Petang selepas usai solat jumaat, iffah, ismah, inas dan ilma sampai unexpexted diorang sampai, ingatkan tak balik minggu ni. tapi tiba-tiba sampai depan pintu rumah. Ajak diorang makan nasi dulu. Balik tadi tak sempat nak makan nasi. tapi berbaki laut yang ada sahaja, saya goreng telur dadar tambahan lauk yang ada. Habis nasi satu periuk, seronok tengok diorang makan. Selepas makan iffah minta nak tengok cerita hantu.  Anak-anak ni suka tengok cerita hantu tapi semuanya penakut. macam feel yang keluar apabila tonton neflix. saya seperti biasa menjadi peneman diorang.

Balik Rumah Mak 

Lepas solat asar kami balik ke rumah mak di kampung. dekat ja ehh 5 minit dari rumah. hahahaah kampung paling dekat setakat ini. Memang rutin harian, kalau tiada apa-apa nak buat, ronda-ronda balik kampung, sama ada dengan kereta ataupun motor ‘pak saaad’ tu. Pusing 2 atau 3 kali kawasan kampung lepas tu pulang. Ini sahajalah aktiviti sepanjang 3 tahun berada di kampung. Alhamdulillah mendamaikan dan bahagia.

design by @pedangmujahid