Malam ini Hanan jaga lagi, mula sahaja jam 12 mlm, mata hitam mula kelihatan, sudah seminggu jadual tidur Hanan berubah, sebelum ini Hanan hanya bangun sejam sekali untuk minum susu sahaja. tapi mula minggu ini Hanan bangun lebih kurang 2 jam minum susu dan nak main. Mata berkelip-kelip sambil memandang ke depan, dan kadang-kadang mengeluarkan suara-suara yang ajak baba bercakap dengannya. Lebih kurang jam 4 pagi baru nak tidur. dan bangun kembali jam 6 pagi. itu lah jadual seminggu kebelakangan ini. Perghh rasanya dah seperti habis ‘gas’ setiap malam macam ini selama seminggu lebih.
Pernah satu malam, Hanan tak nak tidur, lebih kurang jam 1 pagi Hanan dah bangun, merengek menangis, baba bangun buatkan susu, setelah minum beberapa teguk hanan menolak untuk minum susu, menangis lagi, baba urutkan perut Hanan dengan minyak telong, anggakan baba mungkin Hanan kembung perut. urut perlahan-lahan mengikut tutorial yang di lihat dari tiktok. sehingga jam 3 pagi tapi masih menangis, akhirnya baru perasan, rupanya hanan ‘membuang’ patutlah tak tidur dan resah sahaja. Oleh kerana baby tidak tahu menyampaikan dengan kata-kata. maka isyarat itu sahaja yang mampu di sampaikan dan kita kena pandai mengagak apakah keperluan bayi ketika itu. Terima kasih Hanan sebab ajar bahasa yang baba sendiri kurang pandai.
Semoga Hanan membesar menjadi anak solehah. Insha Allah.
Baba tulis artikel ini ketika hanan di pangku atas riba Baba, sekali sekala Baba pandang wajah Hanan damai dan tenang. Terima kasih sayang…!!!