Segala-galanya Tentang Projek Quran

Ramadhan berbaki beberapa hari sahaja lagi, teruskan lah beribadah semoga kita semua perolehi ganjaran yang super hebat daripada pemilik sebenar diri kita. Khutbah jumaat semalam terdengar ungkapan daripada khatib “bulan Ramadhan bukan sahaja Allah muliakan kita dengan mewajibkan puasa, tetapi di sana ada tuntutan lain yang harus kita lakukan, sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

Yang Bermaksud : “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur-an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang bathil)…” [al-Baqarah/2: 185]

Ayat di atas tidaklah perlu diulas dengan lebih detail. Kerana ia cukup jelas dan memberi maksud kepada kita bahawa selain berpuasa aspek membaca al-Quran juga sangat dituntut terutamaanya pada bulan yang mulia ini. Tanya diri sendiri berapa kali khatam al-quran tahun ini ? berapa kali khatam al-quran bulan ini ? selain khatam ada lagi … berapa banyak sudah beramal apa yang ada dalam al-quran. uhuuhuhuh terasa kerdilnya diri nak menjawab semua soalan itu.

Tahun ini diberi kesempatan untuk berkhidmat menyiapkan tafsir pimpinan Ar-Rahman, terbitan Jakim (insya Allah) akan keluar pada tahun ini juga. Ini adalah projek khas untuk penambaikan design dan juga paparan buku tafsir terbitan Jakim. Aku mula mengkaji beberapa naskhah Al-Quran yang ada di pasaran, terbitan telaga biru, terbitan Rimbunan Ilmu Islami, terbitan Hidayah dan beberapa terbitan lagi.

Rujukan utama untuk menyiapkan (wajah baru) tafsir Pimpinan ar-Rahman ini adalah dengan merujuk laman web Quran Complex banyak benda cuba terokai disitu. Versi-versi mushaf yang dikeluarkannya, tulisan-tulisan yang digunakannya. Saat paling mencabar sehingga kini aku masuk belum dapa mengatasinya adalah mencari Mushaf Madinah 2.0, kebanyakkan yang ada di semua laman web adalah Mushaf Madinah versi 1.0 .

Buat masa sekarang hanya boleh menggunakan Font KFGQPC Uthmanic Script HAFS , paparan ringkas senang untuk di gunakan, Seperti penulisan biasa di Word dan Indesign.

design by @pedangmujahid