Ramainya orang…..

3 Ramadhan, Alhamdulillah sudah hari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa, buat masa sekarang masih skrip yang sama bagi setiap masjid dan surau. Waktu magrib, Isyak dan subuh majoritinya hanya 1 atau 2 saff yang kosong, yang lainnya semuanya penuh. Semoga saff ini berkekalan sehingga akhir ramadhan dan bulan-bulan yang lain.

Ramadhan adalah bulan yang dimuliakan oleh Allah, amalan yang dilakukan akan mendapat pahala berlipat kali ganda, dan yang paling best Allah kurniakan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

 

Banyak tulisan bloger dan ustaz  yang membicarakan tentang malam lailatul Qadar, artikel yang sesuai dibaca mengenai lailatul Qadar boleh rujuk web ustaz zaharuddin.

Pencarian malam lailatul Qadar bukan sahaja bermula pada 10 malam terakhir, tetapi pasang niat dan angan-angan untuk memburu malam tersebut di awal ramadhan lagi, insyallah semoga kita semua bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Salam ramadhan.

design by @pedangmujahid