Rak Pasu Bunga Mertua

Projek Fasa 1.

Baru siap satu bahagian. Projek mengambil masa selama 1 minggu lebih. bergantung kepada tahap kerajinan menantu.

Apabila mak nyatakan hasrat hendak buat Rak pasu  bungan di halaman rumah Saya sebagai menantu yang baik  dengan selamba sahaja sketch bodoh-bodoh kemenjadian rak pasu tersebut. Sebelum ini mak ajak abah tengok rak pasu jiran di kampung, Mak bagitahu hendak buat ‘sebiji’ seperti rak di rumah mak ngah. Saya tidak pergi ke sana tetapi saya boleh agak bagaimana rak pasu rumah mak ngah melalui keterangan yang dinyatakan oleh mak.

 

Petang itu terus sahaja mak keluar membeli besi dan kelengkapan untuk membuat rak. Oleh kerana saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja kebun dan client business. Saya hold dulu projek rak pasu. Setelah seminggu besi tersadai di halaman rumah. Saya mula rasa bersalah, saya mula buat sketch ringkas dan ukuran yang sepatutnya.  Selepas seminggu akhirnya rak pasu tersebut siap untuk fasa 1.

Bunga rumah mak memang banyak, boleh dibuat dikedai bunga agaknya.

 

 

Besi C channel dan baten

konsep awal sebegini

 

 

Ini gambar sebelum di letak Rak

 

 

design by @pedagmujahid.net 2024