POS System Untuk KING PATIN

Kali ini setup POS (Point OF Sales) di kedai KING PATIN selayang. Sistem bayaran menggunakan Tablet.

Saya mula buat servey untuk POS system ini hampir dua bulan. betul-betul serius, apabila Tuan kedai memaklumkan hasratnya kepada saya yang beliau ingin menggunakan sistem order dan pembayaran menggunakan tablet.

Sekarang banyak pilihan yang boleh dibuat oleh pemilik-pemilik restoran untuk menggunakan POS system, seperti Storehub, VendHQ, dan ada beberapa sistem lagi yang agak popular.

Bergantung pada budget dan cara menggunakannya. Saya memilih sistem ini (loyverse) berdasarkan budget yang diperuntukkan oleh pemilik kedai, iaitu +- RM 3k termasuk hardware, saya rasa kos ini amat berbaloi dan ada pilihan hardware yang lebih murah.

Cara setup pula tidak terlalu susah dan banyak hardware yang bersesuaian dengan sistem ini. Harap Tokey King Patin suka.

design by @pedangmujahid