Petikan dari Surah Hud Ayat 49

Dalam surah Hud ada diceritakan tentang kisah Nabi Nuh AS, Seperti yang kita tahu kesabaran Nabi Nuh amat hebat. Baginda berdakwah kepada kaum nya selama 950 tahun, tetapi hanya segelintir sahaja yang beriman kepada Allah SWT. Dalam ayat ini Allah mewahyukan kepada Rasulullah SAW, supaya bersabar sebagaimana kesabaran Nabi Nuh AS.  Allah SWT juga menjanjikan kesudahan yang baik kepada orang yang bersabar dan bertaqwa. Sekiranya tidak dunia tetapi di akhirat nanti sudah pasti.

 

Sifat sabar memang sedang diucapkan dimulut, tetapi amat susah untuk diamalkan. Lantaran itulah, Allah menjanjikan satu jaminan yang amat istimewa.

Sentiasalah berdoa dan berusaha semoga kita diberikan sifat sabar dan bertakwa. Sesungguhnya Allah sahaja yang layak mengurniakan keistimewaan sifat sabar dan takwa itu kepada kita.

design by @pedagmujahid.net 2024