Pesta Mempelam Kedah

Minggu ini bawa budak-budak datang ke pesta mempelam kedah, anjuran Jabatan Pertaniaa Negeri Kedah. Seronok diorang apabila mak ngah di bawa berjalan. semua ikut serta. Saya pergi ke sana adalah misi untuk melihat beberapa teknik yang mereka gunakan untuk pruning pokok mempelam. paling tidak boleh di amalkan di dusun nanti. Perjalanan dari rumah sekitar 1 jam lebih, Cuaca petang elok, tidak hujan dan tidak terlalu panas. Memang sesuai untuk aktiviti outdoor.

Program ini berlangsung selama 4 hari iatu bermula 1 – 4 Mei 2025, kalau anda yang masih berkelapangan boleh la singgah banyak acara menarik yang ada, tetapi biasanya acara ini akan di adakan di waktu pagi sahaja. untuk petang pulak biasanya aktiviti santai sahaja.

Selepas jam 6.45 petang kami pulang.  Singgah solat maghrib di pendang.

design by @pedangmujahid