Perjalanan kenduri

Hari ini dapat jemputan majlis kahwin ex office mate  di PTS. perjalanan mengambil masa 2 jam dari Kuala Nerang.

Ramai juga yang datang terutamanya bekas office mate, bos juga sanggup datang dari jauh. Sembang punya la lama seperti biasa tempat kenduri biasanya port untuk geng ex office reunion, sembang cerita lama, dan bertanya khabar. Kalau ikutkan nak sembang memang peruntukan 4 jam tidak cukup, tapi disebabkan Ada Janji lain, saya underu Terima kasih pengantin sebab jemput kami.

Selesai makan  kami singgah rumah kawan isteri di sungai petani. Sembang punya lama, maklumlah lama sangat tak jumpa. Kebetulan ‘geng SKTSG’ turun ke Utara makin menjadi gathering mereka, tiba~tiba isteri datang berbisik mints izin nak healing dengan kawan di sungai petani. atas alasan suami yang Soleh saya benarkan lagi mereka ber’healing’ malam ini.

Saya kemudianya pergi ke Kuala Ketil, jarak dari sungai petani lebih kurang 21km sahaja. Kuala Ketil rumah adik ipar, saya memang berhasrat untuk bermalam disitu, mak dan abah pun ikut sekali bermalam disitu.

Petang pula ismah dan inas ajak pusing basikal main di taman, cuaca lepas hujan, sebenarnya malas nak pusing-pusing tapi gagahkan diri juga penuhi permintaan diorang, ismah (si kakak) memang sudah pandai berbasikal, dia memang berani setakat jatuh sikit-sikit tiada masalah, manakala si adik pula (inas) baru sahaja nak mula, belum pandai kayuh lagi.

bergaya sakan.

Lepas berbasikal, mereka ajak main di taman pulak. waktu selepas hujan, keadaan taman agak basah. sekejap sahaja kami disini, sebab sudah hampir waktu maghrib. Kemudia selepas beberapa minit, kami pulang ke rumah.

 

 

design by @pedagmujahid.net 2024