METER pH 5.5
Kali ini kita bincang berkaitan pengapuran tanah untuk Tanaman Durian. Sebelum tanam durian ada beberapa aspek yang pelu di lihat dan aspek paling penting adalah Medium tanaman iaitu tanah. Tanah yang sesuai untuk tanam durian adalah nilai pH antara 5.5-6.5. Tanah yang baik adalah untuk bantu penyerapan nutrien (terutama kalsium & magnesium) unsur ini penting dalam pembesaran durian. Sekirannya tidak berlaku pada medium tanah, ini bermaksud segala baja sama ada organik dan kimia akan membazir, kerana tanah tidak dapat menyerap unsur tersebut.
APA ITU PENGAPURAN-Baiki Tanah
Biasanya apabila sebut berkaitan pengapuran item yang paling penting digunakan dalam pengapuran adalah dolomite.
“Dolomite (atau Dolomit) ialah sejenis batu mineral semula jadi yang digunakan secara meluas dalam pertanian dan penanaman — terutamanya untuk meningkatkan pH tanah berasid dan membekalkan kalsium (Ca) dan magnesium (Mg) kepada tanaman seperti durian.”
Dolomite diperlukan apabila tanah nilai ph bawah pada 5.5 (berasid) di tabur sebanyak 300-500gram dan jarak 1.5m dari pangkal pokok. bergantung pada jugak pada jenis tanah.
Jenis Tanah | pH Sasaran | Kadar Kapur Dolomit (tan/ha) | Anggaran per pokok (gram) |
---|---|---|---|
Tanah berpasir | 5.0 → 6.0 | ± 2.0 tan/ha | ± 200–300 g/pokok |
Tanah liat/sederhana | 5.0 → 6.0 | ± 3.0 tan/ha | ± 300–500 g/pokok |
Tanah sangat berasid (<pH 4.5) | → 5.5–6.0 | ± 4.0 tan/ha atau lebih | ± 500–800 g/pokok |
Selepas 2-4 minggu ulangi cek pH tanah. adakah sampai ke tahap yang kita perlukan untuk tanaman. Semoga berjaya