Pagi tadi sebelum pergi kerja sempat snap gambar pokok Rosell yang ditanam dalam pasu di laman rumah, nampak macam semakin ok. Hari ini google pasal tanaman rosell banyak blog yang cerita kebanyakan pokok rosell di tanam di area trengganu menggunakan tanas bris ( jangan tanya aku apa tanah bris aku pun tak tau hahahahaah). Apa yang penting aku google pasal baja yang diorang gunakan untuk pokok rosell tersebut termenterai lah tulisan baja oraganik NPK 12:12:17:2 ahh sudah… binatang apa pula NPK 12:12:17:2.
Seperti biasa aku terus google keluar imej ini

Harga lebih kurang RM 115 . aku bukan nak buat ladang rosell , aku cuma tanam untuk hobi di rumah sahaja (bila entah bercucuk tanam jadi hobi aku). Bukan itu perkara penting yang lebih penting aku ingin berkongsi disini adalah berkaitan dengan NPK. Aku google seoalah olah mahu mengambil ujian sains tingkatan 3. Selepas membaca beberapa artikel berkaitan dengan NPK barulah aku faham sikit
N singkatan dari perkataan Nitrogen ia penting untuk pembesaran daun dan penting untuk proses fotosintesis (matapelajaran sains tingkatan 1-5)
P singkatan dari perkatan phosporus untuk membina akar yang sihat
K singkatan dari perkataan Kalium penting untuk pembesaran pokok dan keseluruhannya, Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil.
Manakala no yang berada di belakang NPK itu adalah peratusan setiap baja sebagai contoh NPK 12 12 10, Jadi N12 P12 K10.
Harap ada info baru berkaitan dengan dunia pertanian…. hahahahah petani newbie