Lata Medang

Hiking.. hobi lama yang kian membara di jiwa, dahulu akibat masalah berat badan dan fobia beberapa perkara akhirnya hobi ini dibiarkan sahaja terbenam dalam diri. Setelah 2 tahun mulakan proses diet dan sihat hobi ini hidup kembali.

Teringat dulu-dulu waktu hiking ke gunung stone. Mengambil masa lebih kurang 3 – 4 hari perjalanan.  Pelbagai rintangan yang kami harungi. Akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Stone di Kelantan, Itu merupakan satu nikmat yang tidak pernah aku lupakan dalam sejarah hidupku.

1 Oktober 2016, aku mula langkah untuk melakukan aktiviti hiking, bermula dari bawah, dari tempat yang rendah, tempat yang kurang risiko. Alhamdulillah perjalanan berjalanan dengan lancar dan selamat. Kami bermula dari Jam 7.15 am dan berakhir sehingga jam 2.15 pm.

photo_2016-10-04_11-54-56

Geng Redah adalah kumpulan dari kakitangan yang kerja dibawah syarikat PTS Media Group Sdn. Bhd, Aktiviti hiking ini adalah aktiviti bulanan kami (GengRedah), Sebagai salah satu aktiviti riadhah dan ‘release tension’ dari lapangan kerja. photo_2016-10-04_11-55-10

Aktiviti ketika sampai di tempat air terjun.

photo_2016-10-04_11-55-15

photo_2016-10-04_11-55-21

Sesi pengenalan kepada Karrimor Xterrain berbaloi. cengkeman ke tanah memang kuat.

 

design by @pedagmujahid.net 2024