Kembara dengan Cinta

Kami memulakan perjalanan kali ini, banyak menggunakan pengakutan awam, sebenarnya memang lama kami merancang untuk travel ala-ala backpakers, destinasi ke korea kami bincang lebih kurang beberapa tahun lepas, oleh kerana banyak halangan seperti kewangan, keberanian dan beberapa perkara lain, kami mula tangguh perjalanan kami, tetapi selepas kami balik berpindah ke kedah tahun lepas, perasaan dan keinginan kami mula membara, bermula travel ke Thailand menggunakan pengikutan sendiri, kemudian kami mulakan travel ini dengan group yang agak kecil bersama kawan-kawan baru. Destinasi kami kali ini korea, destinasi yang biasa orang bercinta pergi, lagipun kami sentiasa dalam mood bercinta Insha Allah [amin]

Kami Bermula dengan menggunakan Bas Kuala Nerang Ke Hentian Duta, jam 10.00 malam kami bergerak  ke KL.  Sampai KL kami singgah rumah adik kami di casmaria, gombak, lebih kurang jam 8.20 pagi, kami bertolak ke PWTC, kebetulan ketika ada acara pesta buku antarabangsa kuala lumpur, sementara menunggu flight di sebelah malam, kami merayap dulu di PBAKL, bertemu dengan sahabat-sahabat yang pernah saya berada dalam satu industri dahulu. Mereka tetap konsisten untuk berada dalam bidang itu, cuma saya sahaya sudah berpindah ke tempat lain, tetapi masih berada dalam industri yang sama.

Pelbagai cerita dan pengalaman yang kami dengar dalam industri. Pahit manis, tetapi saya tetap bangga kerana mereka masih konsisten untuk memandaikan bangsa dan memartabatkan bahasa melayu.


 

Kami mula bergerak dari PWTC jam 12.30 tengahari menggunakan grab ke KL sentral, pengeluaran dan pertukaran duit kami lakukan di sana,  kerana di KL sentral memang one stop center. Semuanya ada di situ. Selesai sahaja makan tengahari di Kl sentral. Kami memulakan perjalanan menuju ke KLIA, kami dijangka tiba disana lebih kurang jam 3.20 petang. Alhamdulillah selamat sampai di sana, kami antara orang yang terawal sampai di sana.

Destinasi adalah ke Seoul tapi ada transit di ho chin Minh dua jam, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 mini dari KLIA ke ho chin Minh, kemudian terus ke Seoul selama 6 jam, kami sampai di Seoul pada jam 5.00 pagi waktu Seoul, kami antara penerbangan yang paling awal sampai. Pemeriksaan imegresen dan kastam tidaklah terlalu rumit, mungkin rezeki kami agaknya.

Apabila sampai AirPort antarabangsa Seoul di Incheon kami transfer AirPort ke gympo AirPort sebab destinasi awal kami di Seoul adalah ke jeju dahulu. Menggunakan pengakutan awam, kami sampai di domistik AirPort lebih kurang sejam perjalanan. Semuanya berjalan dengan lancar. Tempoh perjalanan kami dari kuala lumpur lebih kurang 24 jam perjalanan semuanya.

 

design by @pedangmujahid