Hari ini turun cycling jam 7.15 pagi, tiada destinasi yang khusus cukup sekadar pusing-pusing jarak target 30 km, dalam perjalanan di area seberang prai (jalan permatang pauh) bertembung dengan dua orang rider yang tinggal area sini (khairi & nizam), akhir nya ambil keputusan ikut mereka berdua, destinasi yang dituju Cherok Takun (Cherok Tok’un sebutan orang penang). Khairi kata kebiasanya diorang memang selalu kayuh kesini untuk training. aku pun ambil keputusan ikut sahaja, maklumlah aku kan perantau (koya). Kotak pemikiran berputar-putar bagaimanakah rupanya cheruk tokun tuh, tinggikah ? panjangkah trailnya atau bagaimana.

Setengah jam kemudian kami sampai di sana, rest sekejap sebelum mula pendakian. tempat itu memang ramai orang terutamanya hari minggu, kebanyakkan mereka hiking dan running cuma hanya ada beberapa kumpulan basikal yang berligar di kaki bukit tersebut.

Selepas 10 minit kami mulakan kayuhan tawan Bukit Tokun tu, 10 minit pertama memang ok selepas setengah jam baru terasa sengal dan sakit belakang, jahanam betul bukit ini langsung tak belanja 3 km pertama dia bagi kaw-kaw kayuh dah habis gear digunakan, ketika itu baru terfikir kalau ada chairing 40t kan belakang kan best huhuh. alang-alang sudah sampai disini dan bukan senang hendak sampai disini, maka pendakian tetap di teruskan, selepas 45 minit aku sampai di puncak bukit Cheruk Tokun tu. Memang tidak terlalu tinggi berbanding dengan fraser hill tetapi trail yang hanya mendaki menyebabkan mental block dan menyesal mula wujud. Aku cuba lawan sikit demi sedikit mental itu. alhamdulillah aku berjaya kayuh ke atas dengan satu check point di tengah-tengah bukit tersebut.

Selepas 15 minit lepak bersama khiri di atas akhirnya kami turun dan terus pulang ke rumah (homestay). Kesudahan cerita kayuhan hari ini adalah makan bukit aje.

design by @pedangmujahid