Istana Nurul Jannah Bukit Tunku

Kuala Lumpur hari ini agak sibuk, kebiasaanya aku kayuh ke KL tidak lah sesibuk ini, terdetik dalam hati megapa KL terlalu sibuk hari ini, selepas mengharungi kayuhan di Jalan IPOH baru lah aku perasan, banyak bas sewa khas yang parking di bangunan Balai Polis Sentul, Mereka ada daripada kontinjen atlit sukan sea yang menginap di situ, di samping itu ada juga yang berkampung di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur, seperti di asia pasific dan sekitarnya, patutlah jalan agak sesak daripada biasa. 

Seperti biasa aku tetap teruskan kayuhan aku ke bukit tunku, bagi aku sesak ke tak sesak ke sama sahaja, sebab aku menaiki kenderaan beroda dua, lebih pantas dan senang untuk mencelah, cuma perlu alert kepada kepada kenderaan yang ingin membelok ke kiri dan ke kanan. 

Sampai di bukit tunku lebih kurang jam 7.10 pagi, seperti biasa keadaan bukit tunku ternyata tenang dan sejuk, tidak banyak kereta yang lalu jalan itu, kecuali kereta penghuni di sekitar itu, target asal aku nak snap gambar dari view yang agak cantik di kuala lumpur.

Kawasan perumahan Dato’ Bandar, Kawasan memang cantik, sejuk, senang mata memandang, cuaca hari ini pun cantik. Aku teruskan pendakian ke bukit tunku di jalan Laggak tunku, aku perasan di atasnya nampak seperti ada sebuah stesion pemancar sama ada telekom ataupun TV. Selepas 10 minit mendaki Jalan LAnggak tunju aku sampai di kemuncak iaitu berhadapan rumah datok bandar kuala lumpur. Masyallah view dari rumah beliau ke arah KL terlalu cantik. aku tak lepaskan peluang snap beberapa keping gambar di sana. 

 

Selepas berehat beberapa minit sambil menghirup udara segar disitu, aku turun untuk teruskan perjalan pulang ke rumah, lebih kurang 45 minit dari situ aku sudah sampai di gombak, alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat. 

design by @pedangmujahid