Usia Hanan 23 hari, tidak banyak yang feel Hanan, anak yang baik tidak susah untuk menjaganya. Dari pagi Hanan tidur sepanjang hari, penat agaknya sebab satu malam tidak dapat tidur sebab perut kembung. Mama dan Baba bergilir-gilir lena di sebelah Hanan. Menjadi ibu bapa waktu usia yang dah hujung-hujung ini memang lain. 18 Tahun kami tunggu akhirnya Allah kurniakan seorang yang boleh teman kami insya Allah sehingga akhir hayat kami. Mama resah sahaja hari ini, sebab hari ini Hanan tidak buang air besar lagi. Mengikut kata doktor, bayi setiap hari kena ‘berak’ untuk proses penghadaman. Sejak akhir-akhir ini banyak ilmu berkaitan dengan parenting yang kami baca. bagaikan kami baru bermula hidup berumah tangga padahal sudah 18 tahun usia perkahwinan kami. Apabila kehadiran Hanan kami restart cara hidup kami, ubah sedikit agak bersesuaian dengan Hanan nanti.
Ya Allah jadikanlah kami sebagai ibu dan bapa yang baik, mampu mendidik anak kami menjadi manusia yang berguna untuk agama mu dan ummah ini.
Doa ini sentiasa saya baca selepas solat. tidak kira sama ada solat fardhu mahupun sunat. Ini adalah resert yang terbaru saya dalam hidup. Semoga Hanan menjadi anak yang solehah berbakti untuk orang tua dan Ummah Insha Allah.