“Dusun Durian: Aktiviti Menarik dan Hasil Segar dari Kebun Kami”
PENGGUNAAN PERAPI TANAH
Minggu ini saya gunakan Perapi tanah Jenis Silgrow88 buatan NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri Kedah. Ini hasil perbincangan ringkas saya bersama dengan beberapa orang team dari NAFAS sendiri, Di sini saya lampirkan beberapa fungsi utama yang ada dalam Silgrow88 : –
- Meneutralkan pH tanah : Membantu mengimbangi asid tanah dan serap nutrien yang baik
- Tikatkan KPK (CEC) tanah :
- Menguatkan struktue tanaman
- Mengurangkan kehilangan air. (pegagngan air lebih baik)
Kandangan yang ada dalam silgrow 88
Mineral Utama
- Silika (Silikon) dominan tinggkat daya tahan penyakit
- kalsium ; bantu netralkan pH tanah
- Mengnesium – proses fotosintesis dan pengaktifan enzim
- Alumina – Berperanan dalam memperbaiki struktur tanah
Unsur Surih (Trace Elements)
Unsur yang penting untuk permbesaran pokok, seperti. Boron, Tembaga (CU) dan Zink (Zn) menyokong fungsi biologi tumbuhan, termasuk pertumbuhan akar, penghasilan bunga dan buah, Maksudya untuk fasa buah pun silgrow ini berguna dalam pertanian.
Buat masa sekarang saya memilih untuk test pokok duri hitam yang ada masalah terbantut. Usia pokok DH ini sudah ditanam 3 tahun lebih, lebar dahan tidak sampai 2 meter, dan ketinggian pokok tidak lebih 10 kaki. Ini adalah tidak normal untuk pokok ini. Selepas 2-4 minggu kita akan lihat perubahan pokok ini.
Pembelian Silgrow 88 boleh direct di shopee. Ataupun boleh beli yang repack untuk di gunakan untuk jumlah yang kecil dahulu, kemudian perhatikan perubahan. (ini adalah kes eksperimen sahaja- kalau pokok mati jangan salahkan saya).
“Tanaman durian bukannya tanam SOP” itu saya selalu dengar, hanya tuan tanah sahaja yang betul-betul memahami dan arif tetanng tanamannya (Dusun durian), dari situlah saya belajar bagaimana menguruskan tanaman durian. belajar dari kawan-kawan dan beberapa orang yang agak tepat dalam bidang ini. Kemudiannya balik ke dusun dan apply apa yang patut. Itulah kaedah yang saya belajar.
Semoga pembacaan bermanfaat ini yang saya kongsi boleh dapat sedikit sangat input yang berguna kepada semua. Next saya akan update berkaitan kesan silgrow 88.