Cycling For life .. ?

Betulkah ? Geng kaki cycling ada yang kata sebegitu, maksudnya sekiranya tidak cycling (berbasikal) maksudnya tidak boleh hidup. Sebenarnya tidak, berbasikal sebenarnya adalah satu cara untuk melepaskan stress dalam hidup, tapi bukan cycling sahaja boleh melepaskan stress, tetapi ini adalah salah satu cara sahaja.

Selepas berbulan pindah di kedah, hari ini baru berkesempatan untuk melakukan aktiviti cycling.  Cuma berfasa dahulu sebab sudah lama tinggalkan aktiviti ini.

Bulan ini fasa permulaan iaitu jarak antara 20-40Km tidak boleh lebih daripada itu, sekiranya tidak akan berlaku kes kejang otot di tepi jalan.

Laluan hari ini adalah laluan kampung sahaja,  kenderaan tidak banyak ditambah pula cuaca yang agak mendung, aktiviti kayuhan tidaklah rasa penat sangat.

Setelah selesai kayuhan saya meninjau di pekan Kuala Nerang, kebetulan juga terjumpa beberapa port yang bagus untuk lakukan aktiviti riadah yang lain, seperti jongging, walk dan hiking

Nanti saya akan update lagi,  Tempat berjogging di sana.

design by @pedagmujahid.net 2024