Cuti Seminggu berada di kampung

Tahun ini masih tidak diberi peluang untuk menjejaki kaki ke pbakl 2022, selepas pendemik melanda dunia industri buku suam sekejap, kini rata-rata penerbit boleh senyum lebar, sebab masih ramai peminat buku di malaysia yang sanggup berhabis duit demi buku yang diminatinya.

Kebetulan pesta buku tahun ini berada di sepenjang cuti persekolahan, jadi aku tidak berkesempatan ke sana, memandangkan ada banyak perkara yang belum selesai di kampung.

Kerja pipe

Air adalah sumber utama kehidupan, terutamanya pokok atau tumbuhan, kali ini kami lakukan kerja naikkan air dari kolam bawah ke tangki atas yang jaraknya lebih kurang 230 meter dengan ketinggian lebih 50kaki. Kerja ini amat Mencabar juga. Akhirnya berjaya,

Seterusnya kerja pemasangan pipe 1 inci setengah untuk di salurkan dari tangki ke teres-teres sebelah kanan sebanyak 10 tingkat, dari pipe tukar kepada tubing pipe 16 mm untuk disalurkan di setiap pokok yang berada di setiap teres sebelah kanan tangki.

Akhir siap, mengambil masa satu hari suntuk juga, disebabkan cuaca terlalu panas. Step seterusnya adalah letak baja penggalak akar…

design by @pedagmujahid.net 2024