Bulan Syawal Diet Kelaut

photo_2016-07-11_11-28-54

Tahun ini tewas lagi. Sama ada di terengganu atau di Kedah, Diet bulan syawal memang kelaut. Tidak tahan lihat aneka makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah. Kalau tak makan nanti tuan rumah terasa hati pulak. apa pun bedal sahaja last-last bila berat badan naik barulah nak menyesal.

Raya tahun ini memang raya sakan. dari hari pertama hingga hari ke lima syawal. Kebetulan cuti raya kena pada hari rabu. iaitu tengah-tengah minggu. Cuti raya jadi panjang dari kebiasaan. Office bagi pelepasan cuti selama seminggu kepada semua staff. jadi raya tahun ni berjalan sakan la.

Hari Ketiga diberi peluang untuk beraya di kota bharu. Kebetulan ada renuion budak MML batch 99. Setiap tahun diorang akan buat perjumpaan tu, Tahun ini cuba cari masa untuk bersama dengan diorang, padahal sudah 9 -10 tahun diorang buat aku tak pernah pergi, Tahun sempat jumpa dengan sahabat-sahabat lama, muhaimin, azhan, ilham dan ramai lagi.

photo_2016-07-11_11-28-51

keesokkan harinya berjalan-jalan di bazar siti khadijah, beli kuih muih di sana dan terus berangkat pulang ke terengganu. Alhamdulillah Allah berikan perjalanan yang lancar tanpa jam teruk. Jam 11.00 pagi sudah berada di kuala terengganu.

Kemudian Ziarah rumah mak cik yang berada di gong badak. Setiap tahun raya kalau balik mesti pergi ziarah rumah dia.

Selang beberapa jam kemudiaanya balik rumah ma di chabang tiga, ketika itu terasa badan penat dan lesu, kelompak mata terasa berat, sudah tidak mampu untuk ditongkatkan lagi. Kerja Qadha tidur perlu dilakukan dengan segera, (hahahaahah) terus lena……

 

 

design by @pedangmujahid