“Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya di sebuah kampung lain. Lalu Allah mengutus malaikat untuk mengawasinya di sepanjang jalan. Ketika malaikat itu bertemu dengannya, dia bertanya: “Ke mana engkau hendak pergi?” Lelaki itu menjawab: “Aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini.” Malaikat bertanya: “Apakah kamu punya sesuatu kepentingan dunia dengannya?” Dia menjawab: “Tidak, aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat pun berkata: “Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepadamu, untuk memberitahu bahawa Allah telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai sahabatmu kerana-Nya.”“
— (Hadis Riwayat Muslim, no. 2567)
Menerima kehadiran sahabat-sahabat dari tasik puteri. Rawang. Kali ini geng otai datang ziarah. Kami bersilaturahim dengan merak. Saya mula mengenal ketika kayuhan basikal sekitar 3 atau 4 tahun dahulu. Minggu lepas saya dapat mesej dari Hj Zul, katanya mereka nak datang ke kedah. kalau free boleh jumpa. saya terus ajak mereka datang ke rumah (Kuala Nerang). Banyak yang kami sembang, kisah kehidupan di kampung. aktiviti terkini dan pelbagai lagi. Alhamdulillah masing-masing sihat. Cuma kurang seronok ketika mereka datang saya tak sempat nak sediakan sepenuhnya, pokok durian pun masih belum berbuah. Saya bagitau, nanti datang lagi 2-3 tahun kita berkelah di dusun.
Terima kasih sebab sudi ziarah saya di kampung. Insha Allah nanti ada rezeki kita ziarah dusun durian. Insha Allah