Projek gila kembali lagi. 

Macam biasa 2 atau 3 hari sebelum ride, dapat panggilan. trutt trutt… guano hujung minggu nih..? nak ride mana ? suara joe di talian. “Ikut lah, kawe ok aje mano-mano pun asal kayuh slow-slow”. aku membalas sambil bersahaja.

Itu dialog biasa terjadi. sebelum berlakunya ride di hujung minggu. maka ditetapkan destinasi hujung minggu 4 september 2016 ke lemang tokki di bandar bentong, jarak pergi balik lebih kurang 140km ++  di campur dengan climbing yang agak panjang ketika waktu pulang lebih menguji mentel kayuhan aku.

Pada Hari kejadian

Lewat terjaga dari tidur, lihat jam dekat redme note, sudah jam 7.15 pagi ada 6 misscall dari joe, hahaha mesti dia angin aku tak angkat call. Kemudian aku text Joe minta dia jalan dulu, tunggu aku di GS(genting sempah) jam 9.30 pagi. Aku bergegas siap-siap dan keluar dari rumah jam 7.39 am lebih kurang.

8.55 aku sampai di GS, diorang semua tunggu aku sahaja untuk lanjutkan kayuhan ke lemang tokki. Dari GS ke lemang tokki mengambil masa lebih kurang 1 jam kayuhan, memang seronok ketika itu, sebab rata-rata jalan disitu hanya menuruh, kayuhan menjadi semakin semakin senang.

11.00 kami tiba di lemang tokki, meriah terlalu ramai orang, kami tak jadi makan disitu, kami mengambil keputusan berpatah balik, dan makan di medan selerah Bentong di tepi jalan pulang menuju ke KL.

12.30 ini adalah episod mencabar, pulang ke gombak dengan jalan hampir 70% climbing ke GS.  pada mula-mulanya perjalanan lancar, selepas 15 minit kayuhan, sorang daripada kami menghadapi masalah ‘krem’ kaki. Aku dan joe ambil keputusan untuk iringi dia sementara yang lain menunggu di check point air terjun di pertengahan jalan antara bentong dan GS.

Aku dan Joe mula bergilir-gilir towing afiq sehingga sampai ke tempat air terjun, Kami berehat disitu sehingga jam 2.00 pm, sementara yang lain masih menunggu kami disitu, oleh kerana masalah afiq masih berlarutan, kami mengambil keputusan untuk towing afiq secara ‘berjemaah’ ini lah pengalaman paling best dalam sukan basikal.

Lebih kurang jam 3 pm kami sampai di GS. masih ada berbaki 40 km lagi untuk sampai ke rumah, dalam masa sejam sahaja aku berjaya sampai ke rumah. Pengalaman kayuh basikal ke bentong memang best dan memenatkan.

Epic ride katanya……

Seperti biasa aku tidak pernah serik berbasikal walaupun jauh mana, kerana basikal mengajar aku berfikiran positif, kita mampu lakukan kalau kita bersungguh-sungguh.

 

photo_2016-09-06_16-21-48

sesi towing afiq secara bergilir-gilir

photo_2016-09-06_16-22-05

afiq yg keletihan…. sebab lama tak training (:P)

photo_2016-09-06_16-22-08

photo_2016-09-06_16-22-12

joe power

photo_2016-09-06_16-22-15

bergambar

photo_2016-09-06_16-22-18

sekitar kawasan lemang tokki

photo_2016-09-06_16-22-22

design by @pedangmujahid