AirPort jeju yang penuh sesak

Pagi lebih kurang jam 6.45 pagi, kami. Bertolak dari hotel ke AirPort jeju, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Sebenarnya jaraknya tidaklah terlalu jauh, lebih kurang 42km sahaja dari penginapan kami, jalan yang agam lancar dan kurang trafik, apa yang saya perhatikan sepanjang perjalanan menggunakan kereta disana adalah disiplin pemandu disana, kelajuan kereta disana maksima untuk jalan ke AirPort hanya 80kmj sahaja, dan tidak lebih dari itu, semua kereta mereka berkelajuan seperti itu. Ada sesetengah jalan 30kmj, ketika melalui kawasan sekolah, secara automatic pemandu akan perlahan kereta mengikut had laju yang telah ditetapkan.

1 jam 10 minit selepas itu, kami sampai di Airport di jeju. Pagi ini meriah, kebanyakkan warga negara selain kami  sudah membanjiri AirPort, kami duduk di sudut yang agak jauh, itupun penuh juga, maksudnya pagi ini memang ramai akan ke seoul.

design by @pedangmujahid