Kayuhan Solo Kuala Nerang – Alor Setar

Pecah rekod sendiri, setiap orang mesti hendak memecah rekod sendiri. Kali ini rekod yang tidak pernah terfikir iaitu kayuh sendirian sejauh 84.37 km dengan mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Kayuhan bermula jam 7.00 pagi di rumah mak mertua bendang Raja Kuala Nerang, menuju ke alor setar dengan jarak sejauh 38km. Pada mulanya terasa agar risau, kerana sebelum ini tidak pernah saya membuat kayuhan secara bersendirian di kawasan yang kurang biasa dan tidak pernah berkayuh. Tetapi dengan tekad dan semangat mencabar diri sendiri, akhirnya saya memberanikan diri untuk memecahkan rekod.

 

Alhamdulillah, cuaca pada pagi hari agak baik, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. kayuhan menjadi agak selesa. Saya mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sudahkan kayuhan sejauh 38km itu,  selepas sampai di Alor Setar saya mula bersarapan di salah sebuah kedai di sana. Makan Keaw Teaw Gorang dgn Ayam yang berharga RM 3.50, Dalam hati saya terdetik ” murah”. Selesai sahaja makan saya teruskan pejalan ke Jitra. lebih kuran 12 Km dari bandar Alor setar, keadaan cuaca agak panas menyebabkan kayuhan semakin perlahan.

 

851423850_15440216613004265324

Setelah berhenti berehat di Jitra beberapa minit. saya kembali kayuh untuk balik ke rumah, fasa kayuhan stage ini agak mencabar, kilometer ke 50 melalui kawasan berbukit dan panas. 2 atau 3 kali berhenti di kedai-kedai tepi jalan untuk membeli air. akhirnya saya selamat sampai di rumah kira-kira jam 11.20 pagi

 

Alhamdulillah kayuhan selamat..

851419902_1510324216255618537 851422357_9498521679033643521

 

design by @pedangmujahid