Kemas Meja di Office

Paling lama bertahan hanya dua hari sahaja (Prinsip selama ini). Oleh kerana memang jenis susah nak kemaskan meja dan suka sepahkan barang, jadi keadaan meja aku di office tidak akan bertahan lama. Kali ini cuba kekalkan keadaan meja yang lapang dan kemas selama mana yang boleh.

 

851418058_15529841055934282291

Hadiah dan cenderahati yang dihadiahkan selama ini tersimpan di dalam plastik, akhirnya di gantung di tepi-tepi meja aku, sebelum ini memang pernah buat begitu, oleh kerana gam salotape tak kuat, semua key chain jatuh satu persatu, kali ini kita tengok berapa minggu boleh bertahan.

 

851419136_10287216864765963947

design by @pedangmujahid