Nama mimaland memang tidak asing lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar kuala lumpur dan selangor. Ini adalah salah satu tempat taman tema yang mula-mula di wujudkan di jalan lama gombak. Tempat ini pernah menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk bersiar bersama keluarga. Selepas tahun 1980an, akibat daripada beberapa tragedi maut akhirnya taman ini ditutup oleh pihak berkuasa. Sekarang tempat adalah tempat yang suci dan penuh dengan semak.
Minggu lepas kami berpeluang menjejak dan menerokai taman Mimaland yang terkenal suatu ketika dahulu. Bersama dengan peminat basikal MTB, kami masuk melalui jalan belakang (offroad) sejauh 9Km dari jalan lama gombak.
Memang penat untuk sampai ke tempat taman tema tersebut. Tetapi penat akan berbaloi setelah melihat barang peninggalan memiland ini.
Banyak group basikal yang datang untuk melihat sendiri, keadaan taman tema ini. Ini adalah sebahagian tinggalan replika dinasour di taman tema. Sekiranya ada yang berminat untuk kesana. saya cadangkan pergi secara berkumpulan, kerana banyak anjing yang berkeliaran di sekitar taman itu. Ini untuk keselamatan anda semua.


