Cerita Hujung Minggu

Kayuhan Gombak-Ulu Yam – Batang Kali – Sereendah Rawang Gombak.

Selesai kayuhan suka suki team basikal slow. Mereka semua laju. aku kayuh slow aje. Macam biasa, keterujaan menunggang basikal memang susah nak dihapuskan buat ketika ini. Kerana sukan ini betul-betul memberikan kepuasan yang amat berlainan.

Cerita Hujung minggu yang lepas, kami buat loop batang kali – rawang -gombak. Jarak hanya 77 km 40% pendakian bukit dan 60 % jalan landai. Permulaannya kami mendaki  jalan lama ulu yam menuju ke batang kali.

Selepas berehat 15 minit, kami turun menuju ke ulum yam, part ini memang seronok. meter basikal boleh cecah 67km/j perghh bayangkan betapa lajunya kami ketika menurun. (hahaha)

Cuaca agak redup memudahkan kami berkayuh tanpa banyak halangan. tidak banyak kejadian berlaku kecuali lakonan team-team pro kononya penat. Kayuhan berjalan dengan lancar, saya sampai di gombak sebelum azam zohor.

photo_2016-08-29_09-49-01

Check Point di Bukit Mineral Ulum Yam

photo_2016-08-29_09-49-06

Check point di srendah.

photo_2016-08-29_09-49-09

design by @pedagmujahid.net 2024