Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini32
mod_vvisit_counterSemalam83
mod_vvisit_counterMinggu Ini336
mod_vvisit_counterMinggu Lepas578
mod_vvisit_counterBulan Ini837
mod_vvisit_counterBulan Lepas2276
mod_vvisit_counterKeseluruhan16968

Online (20 minutes ago): 6
Your IP: 38.107.191.94
,
Now is: 2010-03-11 07:48

Online YM

Network Blog

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad PDF Cetak E-mail
Isnin, 08 Februari 2010 23:43

Pagi tadi saya ditugaskan ke sekolah Menengah Datuk Abdul Samad di Port Dikson, Kami bertiga, Tuan Nazrul , Tuan Wahyudi dan saya bertolak seawal jam 4 pagi. Dengan satu tujuan iaitu menghadiri program penyampaian hadiah pertandingan saya mahu menang hadiah PTS. Kebetulan pemenang pertama adalah salah seorang pelajar tingkatan 2 di sekolah Menengah Datuk Abdul Samad. Dengan kemudahan google maps serta iphone 3g tuan nazrol kami mengambil masa selama satu jam lebih untuk sampai ke destinasi. Berhenti solat subuh di Port Dikson kemudian meneruskan perjalanan ke sekolah tersebut.

Lebih kurang pukul 6.45 pagi, kami sudah sampai di perkarangan sekolah itu. Waktu itu masih gelap, hanya beberapa orang pelajar yang kelihatan memasuki ruangan pagar sekolah. Kami terus menunggu sehingga Puan Zawiyah datang menjemput kami. Kami dipertemukan dengan Guru Besar sekolah itu. Alhamdulillah, Guru Besar sekolah itu baik dan ramah. Tuan Nazrul mengambil peluang memperkenalkan PTS kepada guru besar. Selesai sahaja berbual serba ringkas kami di bawa ke tempat perhimpunan sekolah. Di situ kami mengumumkan pelajar yang berjaya memenangi hadiah TV Plasma 42 inc. Majlis berjalan dengan lancar. majlis bersurai pada jam 9.00 pg.

Agenda seterusnya, adalah membuat pameran. alhamdulllah sambutan yang menggalakan terutamanya kepada buku-buku remaja. Kami berjaya mengutip RM 600 dalam masa satu jam sahaja. Selesai sahaja membuat pameran, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini adalah hari yang memenatkan.


blog comments powered by Disqus
 

Sembang




Komen

Buku PTS Terkini

PTS — Buku Baru Terbit
  • Kasih untuk Ibu
    Raisya dan Rayyan pasangan kembar yang kehilangan ibu sejak kecil lagi. Zulfa, tempat mereka menumpang kasih. Tetapi Zulfa terpaksa meninggalkan mereka berdua buat seketika bagi menyambung pelajaran. Suatu hari, tanpa diduga mereka terjumpa ayah kandung mereka yang lama terpisah. Mampukah mereka tinggal dengan ayah yang baharu mereka kenali?
  • Arkitek Kampung Seberang
    Mat, Dol dan Din penduduk Kampung Seberang yang masih belajar. Melepak adalah kegemaran mereka. Tidak, bukan di pusat mebeli-belah. Bukankah mereka budak kampung? Bagi memastikan aktiviti melepak mereka berjalan lancar tanpa gangguan, mereka membina rumah di atas pokok. Idea itu datang daripada Mat. Manakala Dol yang berpengalaman membina tandas bercat merah jambu adalah arkitek utamanya. Azhar pula pelajar University of Queensland yang pulang tanpa ijazah kerana hatinya terluka. Mereka bertemu. Bercerita berkenaan seni bina, bekerja sebagai penunggu durian dan pembina tandas penduduk kampung. Tetapi di Kampung Seberang, bukan ada mereka sahaja. Adat di kampung, Tentu ada golongan antagonis. Di sinilah Lan Tokak, Meli Boy dan Jan Jebeh berperanan.   Kisah di Kampung Seberang hanya kisah biasa. Kisah cita-cita, harapan, kehidupan dan keinsafan.
  • Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah (Kaver Baru)
    Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata? Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam  perniagaan anda sendiri. Antaranya: - Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam mennetukan kejaayan Khadijah. - Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad. - Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?
  • Buat Duit dengan Tadika
      Setiap tahun, jumlah prasekolah dan tadika di Malaysia semakin meningkat ekoran pertambahan  kanak-kanak. Prasekolah kendalian kerajaan di sekolah rendah masih belum mampu menampung permintaan ibu bapa. Maka, kewujudan tadika swasta membantu perkembangan ini.   Buat Duit dengan Tadika  menyentuh skop: Logo, slogan dan warna tema tadika. Falsafah, misi, visi dan tadika Pakaian rasmi tadika Urusan dokumentasi tadika. Pemilihan premis dan promosi tadika Kelengkapan dan peralatan tadika Kriteria kakitangan dan pekerja Pendaftaran kanak-kanak dan yuran Modul program, silibus dan kurikulum Pembahagian ruang dan sudut-sudut Peraturan umum tadika Penglibatan ibubapa atau penjaga kanak-kanak Program tahunan tadika
  • Karipap-Karipap Cinta
    Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors. Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz). Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar. Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu. Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya. Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.  
  • 15 Teknik Efektif Pemasaran SMS
    The Edge Daily melaporkan, Malaysia adalah negara keenam yang paling aktif menggunakan SMS. Dengan kadar penembusan SMS setinggi 90.6%, memberi tanda bahawa telefon bimbit adalah alat pemasaran paling dekat dengan rakyat di Malaysia.   Kali ini, Pakar Pemasaran Mobile Malaysia, Irwan Dahnil, menghamparkan 15 contoh pelan strategik untuk melakukan promosi melalui SMS.      Teknik 1: Tempahan Produk dan Perkhidmatan    Teknik 2: Mengedar Kupon Diskaun    Teknik 3: Direktori Bisnes    Teknik 4: Memeriksa Status atau Keputusan    Teknik 5: Menjawab Soalan Lazim    Teknik 6: Mendapatkan Maklum Balas    Teknik 7: Melakukan Bancian    Teknik 8: Menyebarkan Dokumen Digital    Teknik 9: Hebahan dan Promosi    Teknik 10: Menganjurkan Peraduan    Teknik 11: Pertandingan Mencipta Slogan    Teknik 12: Langganan Maklumat Berbayar    Teknik 13: Langganan Maklumat Berbayar Berdemografi    Teknik 14: Mengurus Aduan Berkelompok    Teknik 15: Aplilasi Hybrid: Semuanya Secara Serentak
  • How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu
    Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan! Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang! Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!   Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka. Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum. Dalami tip berikut:           - Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia           - Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita           - Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita          - Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik Serta banyak lagi!
  • Young Aisyah: Summer Camp
    Aisyah Sofia dan kawan-kawannya menyertai perkhemahan motivasi pelajar anjuran sekolah. Ia diadakan di sebuah kawasan perkhemahan dalam hutan. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan. Mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar seperti meredah sungai, memasak, memanjat pokok, menyediakan khemah dan sebagainya. Mampukah mereka mengikuti program itu sehingga selesai?
  • Aku, Kau & Bola: Separuh Masa Pertama
    Himpunan komik yang menceritakan fasal keadaan bola sepak di Malaysia. Komik antologi yang wajib ada pada semua orang yang cintakan bola sepak. Antara komik yang terlibat adalah:   Harimau Malaya- Inilah Barisan Kita Penulis: Faizal Mukhtar Pelukis: Just Jimi19   Aku Bola Penulis/pelukis: Froggypapa   Skuad 1 Malaysia Penulis/pelukis: Reja   Pemain Simpanan  Penulis/pelukis: Suraya   Liga Rahsia Penulis: Nazry Pelukis: Afiq   Konklusi Penulis/pelukis: Lavendra   Cabaran! Penulis/pelukis: Bop   Kasut Bola Karu 10 Penulis/pelukis: Poyo   Aku, Kau & Xaira Penulis/pelukis: Reja
  • Dear Yayah the comics
      Ini adalah prequel dari novel popular Dear Yayah, tetapi dalam bentuk komik.   Yayah terima tawaran melanjutkan pelajaran tingakatan satu ke sekolah berasrama. Pada mulanya Yayah tidak bersemangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun, perasaan itu berubah sebaik sahaja Yayah berkenalan dengan rakan-rakan baru. Di sinilah permulaan Yayah dan rakan-rakan menempuhi pengalaman menarik sebagai pelajar berasrama.