| Percutian yang menarik |
|
|
|
| Selasa, 04 Ogos 2009 07:03 |
|
Perjalanan ke Kota Kinabalu bermula awal pagi, dengan menggunakan perkhidmatan tambang murah Air Asia, akhirnya saya dan isteri selamat sampai ke kota kinabalu lebih kurang jam 12.30 tengahari (Jumaat). Apabila sampai di Kota Kinabalu, kami terus ke tempat penginapan, di jalan kampung Air. Ini adalah kali pertama kami sampai di Kota Kinabalu. Alhamdulillah dengan menggunakan bantuan Encik google, kami sudah merangka beberapa tempat yang akan dilawati di sana, antaranya pasar yang paling popular di kota kinabalu, Kinabalu park, kundasang, dan berjalan-jalan sekitar bandar kota kinabalu. Kami berehat seketika, menunaikan solat dan kemudian bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kota kinabalu Muzium Sabah
Apabila keluar dari muzium itu, kami terus berjalan-jalan di sekitar muzium, alhamdulillah di sekitar muzium itu, dibenarkan mengambil gambar. Selesai sahaja melawat muzium sabah, kami dijemput oleh seorang kawan untuk ke satu tempat makan yang menarik (katanya). Perjalanan kami di sana mengambil masa lebih kurang 45 minit, kami bersesak dengan kesesakan lalu lintas, saya menjangkakan hanya KL sahaja yang sebegitu, rupa-rupanya di Kota kinabalu pun sama, hampir 5 Km kami terpaksa menentang arus kesesakan lalulintas di sana. Alhamdulilah kurang 5 minit pukul 6.30 kami sampai ditempat yang dikatakan. Hanya dua hidangan yang ada disana, iaitu Lokan dan kelapa Bakar. Kami mengambil masa setengah jam untuk menikmati makanan yang belum pernah kami nikmati, alhamdulillah selesai sahaja makan, kami bertolak pulang ke Hotel.
Bertolak Ke Kinabalu Park Seawal 3.30 pagi, kami bertolak ke kota kinbalu, Sasaran kami adalah mengambil gambar sunrise, dengan bantuan GPS dan kudrat Allah kepada kami, kami sampai di kota Kinbau park jam 5.00 pagi, kami solat subuh disana, nasib kami kurang baik, angin bertiup kencang, kesejukkan yang dirasai sampai ke tulang, seolah hujun akan tiba tidak lama lagi. Kami teruskan misi kami dengan meneruskan perjalanan sejauh 4KM untuk ke pelantar Kinabalu Park. Alhamdullah, kami sampai di sana, tetapi angin dan cuaca memang tidak membenarkan untuk kami melihat puncak gunung kinabalu yang bersentuhan dengan awan. Kami hampa dan redha ini bukan rezeki kami. Kami menghabiskan masa satu sengah jam disitu. Menikmati suasana sejuk dan segar yang jarang dapat dirasakan ketika berada di bandar. Kemudian kami turun dan terus menuju ke pekan kundasang untuk mencari kedai bagi dijadikan habuan untuk perut masing-masing. Selesai sahaja sarapan pagi, kami terus pulang ke hotel dan setibanya di hotel tepat pada waktu tengahari. Kami rehat.... nanti akan disambung...
|
| LAST_UPDATED2 |
















Lebih kurang pukul 3.30 ptg, kami bertolak ke Muzium sabah, bayaran masuk hanya RM 2. Bermacam-macam barang peninggalan masa yang ada disitu, kami seoalah-olah masuk ke terowong masa dan kembali ke zaman lampau. Selain-lain barang peninggalan sejarah, kami tertarik dengan terowong masa di dalam muzium itu, bermula dengan asal usul kaum di sabah sehinggalah zaman kemerdekaan, semuanya dicatat di dalam terowong masa itu. Tetapi sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium ini (setahu saya memang setiap muzium tidak dibenarkan mengambil gambar).

