Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini19
mod_vvisit_counterSemalam82
mod_vvisit_counterMinggu Ini19
mod_vvisit_counterMinggu Lepas527
mod_vvisit_counterBulan Ini19
mod_vvisit_counterBulan Lepas2350
mod_vvisit_counterKeseluruhan30633

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 38.107.191.118
,
Now is: 2010-08-01 08:24

Online YM

Network Blog

Logo Sek Men Puteri Wilayah PDF Cetak E-mail
Rabu, 23 Disember 2009 08:09

Baru sahaja selesai trace logo sek men keb Puteri Wilayah. Software yang digunakan adalah ilustrator. Nasib baik logo sekolah ini tidak terlalu susah :)


blog comments powered by Disqus
 

Sembang




Komen

Buku PTS Terkini

PTS — Buku Baru Terbit
  • Puasa Terapi dalam Ibadah
     Membongkar rahsia keajaiban berpuasa sebagai terapi kesihatan yang holistik menurut Quran, hadis dan sains. Puasa adalah ibadah yang luar biasa.   Semakin kita komited dalam berpuasa, semakin sihat tubuh, jiwa dan minda kita.   Apakah rahsia yang terselindung di sebalik keajaiban ibadah puasa ini?   Puasa, Terapi dalam Ibadah ada jawapannya. Buku ini menjawab persoalan utama, berkaitan komitmen kita dalam melaksanakan ibadah puasa. Mengapa kita berpuasa? Apakah hikmah di sebaliknya? Apakah rahsia dan keajaiban yang terselindung? Apakah manfaat puasa kepada tubuh, jiwa dan minda kita?   Mari kita terokai keajaiban dan mukjizat ibadah puasa melalui Puasa, Terapi dalam Ibadah.
  • Kelab Gadis Ayu
    Hai, nama saya Lili. Ini adalah kisah saya dan rakan-rakan. Saya mencari calon pasangan untuk ayah yang telah lama menduda. Namun... sukarnya, Tuhan sahaja yang tahu. Calon pertama memang peramah dan ceria namun ayah pula pemalu. Calon kedua terlalu emosi dan Calon ketiga menipu kami! Saya serik! Di kolej pula, saya ada dua orang rakan sebilik yang seperti langit dan bumi. Amy adalah si ratu drama yang mengaku bahawa dirinya adalah Jessica Alba versi Melayu. Amy meminati semua benda berwarna merah jambu. Namun saya juga tahu, Amy ada rahsia. Suzana pula adalah seorang yang tegas dan tidak suka segala-gala yang Amy suka, termasuklah si Jessica Alba. Kata Amy, "kami adalah ahli Kelab Gadis Ayu." Komen Suzana, “jangan mengada-ngada.” Balas Amy, “Kita memang mengada-ngada. Tetapi... kita LAWA!”
  • Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
    Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya.
  • Didik Anak Gaya Rasulullah
    Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.  Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain. Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani. Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya. Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan. Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.
  • Nydia, Terendak dan Bintang: Junior vs Senior
    Kali ini Nydia dan rakan-rakan sudah menjadi senior apabila mereka melangkah ke tingkatan dua. Apabila mempunyai junior, mereka memikul tanggungjawab memantau dan menasihati para junior berkenaan hidup di hostel. Pelbagai peristiwa berlaku, namun akhirnya mereka semua berkawan baik.
  • Mudahnya Bisnes Dengan BlogShop
    Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat: - Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan. - Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan. - Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.
  • Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
    Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin. Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.
  • Atan Jambul-Kerana Tikus
    Atan Jambul adalah himpunan lima kisah yang menceritakan kenakalan Atan Jambul. Siri pertama ini yang bertajuk Kerana Tikus mengisahkan Atan yang cuba menipu gurunya. Namun kerana ada tikus di dalam begnya cikgunya mengetahui yang Atan sebenarnya berbohong. Bagi mengetahui kisah selanjutnya dapat buku ini di pasaran bagi mengetahui kisah-kisah lucu yang lain.
  • Menuai Hidayah Iman
    Pasti anda mahu tahu   Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya? Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia? Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman. Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.   Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah. Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai. Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.   Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.   Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.   Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.   Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.   Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.   Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.
  • Zara Misi Mustahil
    Mengisahkan berkenaan watak Zara Tan Sri Zamanis yang berusia sembilan belas tahun. Pelajar yang pandai, lasak, berani dan sedikit tomboy. Dia tidak pernah mengambil PMR kerana malas dan mengulang pada tahun berikutnya. Ini membuatkan usia Zara ketika mengambil SPM pada usia sembilan belas tahun. Zara pernah digelar samseng kerana hidupnya terlalu sosial. Selepas tamat SPM, Zara meminta kerja sementara di Kolej Elita. Izaz, Pengetua Kolej Elita memberi jawatan penjaga kafe siber. Semua kawannya mahu ke luar negara mengambil short course tetapi Zara tidak mahu pergi ke luar negara dan mahu kekal di Kolej Elita. Dalam misinya kali ini, Zara bersekongkol dengan Mak Cik Rohana, pekerja kantin bagi menjodohkan Ali dan Izaz. Tetapi dia perlu berlawan dengan Normawar yang mahu menjadikan Izaz sebagai ibu tirinya. Pada masa yang sama dia perlu bekerjasama dengan Normawar. Adakah misinya berjaya?