Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini42
mod_vvisit_counterSemalam105
mod_vvisit_counterMinggu Ini451
mod_vvisit_counterMinggu Lepas578
mod_vvisit_counterBulan Ini952
mod_vvisit_counterBulan Lepas2276
mod_vvisit_counterKeseluruhan17083

Online (20 minutes ago): 3
Your IP: 38.107.191.92
,
Now is: 2010-03-12 09:29

Online YM

Network Blog

aktiviti
Demo Memasak Bersama Chef Hanieliza PDF Cetak E-mail
Ahad, 28 Februari 2010 11:10

Semalam berkunjung ke pesta buku Terengganu. Aktiviti yang pts jalankan adalah demo memasak Chef Hanieliza, program berjalan dengan baik, ramai juga para ibu yang datang dan mendengar cara-cara memasak resepi yang dicipta oleh Chel Hanieliza. Beliau telah menulis lebih 10 buku dengan PTS. Berkaitan dengan resepi-resipi masakan tempatan dan juga masakan ala barat.

Antara yang paling ramai apabila selesai aktiviti itu, ramai pengunjung yang beratur untuk mencuba masakan chef Hanieliza.

Program selesai jam 5.00 petang.

Add a comment
LAST_UPDATED2
 
Kedai Air Buah Gelas Besar PDF Cetak E-mail
Sabtu, 27 Februari 2010 08:52

Semalam saya bersama isteri keluar ke seberang takir dengan satu hajat membasahkan tekak kami dengan air buah di kedai yang popular di terengganu. Ini adalah kali ketiga sepanjang hayat saya minum di kedai itu. Lokasi kedai di Seberang Takir, Kuala Terengganu, Kedai ini adalah salah satu kedai yang paling terkenal di Kuala Terengganu, pernah mendapat liputan akhbar tempatan dan telivision. Apa yang menarik di kedai ini adalah semua jenis Air buah ada dijual disini dengan pelbagai saiz dan harga. Harga dia pula boleh tahan, Murah dan memikat hahaha. Rasa terkejut pula, kalau kat KL RM 4.50 di kedai itu hanya RM 2 sahaja. Puas hati.

Aktivtiti hari ini pula, mencari keperluan di pasar kedai payang, selepas itu terus ke Pesta Buku Terengganu. Dengar-dengar ramai orang yang datang berkunjung ke pesta buku. Insyallah hari ini saya akan singgah ke sana, jika berpeluang saya akan 'snap' dua tiga keping gambar.

Jom ke sana...!!

Add a comment
 
Promosi Maulidur Rasul PDF Cetak E-mail
Ahad, 14 Februari 2010 08:32

PTS sedang giat mempromosikan sambutan Maulidur Rasul. 9 Buah buku berkaitan dengan sirah Nabi sedang giat dijalankan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku-buku terbitan pts itu. Boleh lah layarai laman www.pts.com.my/maulud. Pembelian di bookcafe.com.my juga akan mendapat diskaun yang menarik.

Antara kaedah promosi yang dijalankan oleh PTS adalah. Membina sebuat microsite yang mempamirkan buku-buku terbitan pts. Mempamirkan video-video khas sempenan sambutan Maulidur Rasul, dan yang terakhir berkerjasam dengan Radio Ikim untuk menyiarkan iklan-iklan mengenai buku-buku terbitan PTS. Selain itu PTS juga giat menjalankan viral marketing melalui promoi facebook dan twitter. Ini adalah medium baru untuk mempromosikan Syarikat PTS Publication. Semoga dengan cara ini, penjualan buku-buku PTS terus meningkat, disamping meninggalkan kesan minat membaca kepada masyarakt.

 

Youtube PTS. Tentang Maulidur Rasul

 

Buku-buku yang terlibat dalam promosi Maulidur Rasul.

 

 

Add a comment
LAST_UPDATED2
 
Kejohanan Bowling kali ke-4 Anjuran PTS Publication PDF Cetak E-mail
Jumaat, 12 Februari 2010 07:54

Semalam berlangsung kejohanan bowling PTS. Program ini dalah aktiviti tahunan PTS yang di anjurkan oleh kelab sukan PTS. Bertujuan ke arah mewudujkan PTS sihat, sementara melihat bakat-bakat baru dalam arena sukan bowling ( cewah macam berita lah pula). Pelbagai aksi yang ada, longkang kiri dan kanan sudah menjadi kebiasaan, heheheh terutamanya pemain-pemain wanita, hehehe tetapi lelaki juga tidak kecuali, ada sahaja longkang yang menjadi sasarannya. Itu tidak mengapa, apa yang penting semangat sukan dan juga keriangan yang membolehkan staff PTS melupakan sekejap bebanan kerja seharian mereka di pejabat. Keputusan kejohanan berpihak pada cakcikbo, nampaknya cakcikbo berjaya mengekalkan kehebatan mereka dalam arena bowling, begitu juga dengan pasukan Win-Win masih mengekalkan kedudukan tempat kedua, cuma berbeza adalah pasukan Boom dan C-G. Mereka saling bertukar tempat, tempat ketiga dan keempat.

Menang dan kalah itu bukan ukuran, sudah menjadi adab dalam perlawanan setiap pasukan ada kalah dan ada yang menang, yang penting semangat kerjasama di setiap ahli pasukan, sepertimana Tag Line Cakcikbo yang dicuri daripada cerita Wonder Pet ( Apa yang sama ? kerjasama !!!). Hahhaha cakcikbo jangan marah.

Bowling berakhir jam 12 mlm. penat sunguh. hari ini perlu kerja, menyiapkan baki kerja yang masih tinggal sebelum bercuti.

Add a comment
LAST_UPDATED2
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad PDF Cetak E-mail
Isnin, 08 Februari 2010 23:43

Pagi tadi saya ditugaskan ke sekolah Menengah Datuk Abdul Samad di Port Dikson, Kami bertiga, Tuan Nazrul , Tuan Wahyudi dan saya bertolak seawal jam 4 pagi. Dengan satu tujuan iaitu menghadiri program penyampaian hadiah pertandingan saya mahu menang hadiah PTS. Kebetulan pemenang pertama adalah salah seorang pelajar tingkatan 2 di sekolah Menengah Datuk Abdul Samad. Dengan kemudahan google maps serta iphone 3g tuan nazrol kami mengambil masa selama satu jam lebih untuk sampai ke destinasi. Berhenti solat subuh di Port Dikson kemudian meneruskan perjalanan ke sekolah tersebut.

Lebih kurang pukul 6.45 pagi, kami sudah sampai di perkarangan sekolah itu. Waktu itu masih gelap, hanya beberapa orang pelajar yang kelihatan memasuki ruangan pagar sekolah. Kami terus menunggu sehingga Puan Zawiyah datang menjemput kami. Kami dipertemukan dengan Guru Besar sekolah itu. Alhamdulillah, Guru Besar sekolah itu baik dan ramah. Tuan Nazrul mengambil peluang memperkenalkan PTS kepada guru besar. Selesai sahaja berbual serba ringkas kami di bawa ke tempat perhimpunan sekolah. Di situ kami mengumumkan pelajar yang berjaya memenangi hadiah TV Plasma 42 inc. Majlis berjalan dengan lancar. majlis bersurai pada jam 9.00 pg.

Agenda seterusnya, adalah membuat pameran. alhamdulllah sambutan yang menggalakan terutamanya kepada buku-buku remaja. Kami berjaya mengutip RM 600 dalam masa satu jam sahaja. Selesai sahaja membuat pameran, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini adalah hari yang memenatkan.

Add a comment
 
«MulaSblm1234SeterusnyaTamat»

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Sembang




Komen

Buku PTS Terkini

PTS — Buku Baru Terbit
  • Alexander adalah Zulqarnain
    "Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84) Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.' Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain. Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj. Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman. Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem *  Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan. Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009). 
  • Siapa Lebih Popular?
    Elly dan rakan-rakannya adalah sekumpulan pelajar biasa dan kurang popular berbanding The Glamourous Girls. Namun populariti The Glamourous Girls tergugat apabila Mia, seorang pelajar baharu di sekolah mereka dan menjadi sebahagian daripada kumpulan Elly.
  • Sinergi dalam Pengurusan Sekolah
    Sekolah memainkan peranan sebagai institusi sosial yang penting pada negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa mahir dan staf biasa. Sinergi dalam Pengurusan Sekolah membincangkan peranan pengetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokokngan, dan ibu bapa sebagai satu pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku ini turut menyentuh: Pengetua sebagai Peneraju Kecemerlangan Pasukan Mengurus Kecemerlangan Guru Pendukung Kecemerlangan Pelajar sebagai Penunjuk Aras Kecemerlangan Ibu Bapa sebagai Rakan Kongsi
  • Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah (Kaver Baru)
    Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata? Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam  perniagaan anda sendiri. Antaranya: - Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam mennetukan kejaayan Khadijah. - Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad. - Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?
  • Arkitek Kampung Seberang
    Mat, Dol dan Din penduduk Kampung Seberang yang masih belajar. Melepak adalah kegemaran mereka. Tidak, bukan di pusat mebeli-belah. Bukankah mereka budak kampung? Bagi memastikan aktiviti melepak mereka berjalan lancar tanpa gangguan, mereka membina rumah di atas pokok. Idea itu datang daripada Mat. Manakala Dol yang berpengalaman membina tandas bercat merah jambu adalah arkitek utamanya. Azhar pula pelajar University of Queensland yang pulang tanpa ijazah kerana hatinya terluka. Mereka bertemu. Bercerita berkenaan seni bina, bekerja sebagai penunggu durian dan pembina tandas penduduk kampung. Tetapi di Kampung Seberang, bukan ada mereka sahaja. Adat di kampung, Tentu ada golongan antagonis. Di sinilah Lan Tokak, Meli Boy dan Jan Jebeh berperanan.   Kisah di Kampung Seberang hanya kisah biasa. Kisah cita-cita, harapan, kehidupan dan keinsafan.
  • Karipap-Karipap Cinta
    Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors. Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz). Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar. Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu. Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya. Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.  
  • 15 Teknik Efektif Pemasaran SMS
    The Edge Daily melaporkan, Malaysia adalah negara keenam yang paling aktif menggunakan SMS. Dengan kadar penembusan SMS setinggi 90.6%, memberi tanda bahawa telefon bimbit adalah alat pemasaran paling dekat dengan rakyat di Malaysia.   Kali ini, Pakar Pemasaran Mobile Malaysia, Irwan Dahnil, menghamparkan 15 contoh pelan strategik untuk melakukan promosi melalui SMS.      Teknik 1: Tempahan Produk dan Perkhidmatan    Teknik 2: Mengedar Kupon Diskaun    Teknik 3: Direktori Bisnes    Teknik 4: Memeriksa Status atau Keputusan    Teknik 5: Menjawab Soalan Lazim    Teknik 6: Mendapatkan Maklum Balas    Teknik 7: Melakukan Bancian    Teknik 8: Menyebarkan Dokumen Digital    Teknik 9: Hebahan dan Promosi    Teknik 10: Menganjurkan Peraduan    Teknik 11: Pertandingan Mencipta Slogan    Teknik 12: Langganan Maklumat Berbayar    Teknik 13: Langganan Maklumat Berbayar Berdemografi    Teknik 14: Mengurus Aduan Berkelompok    Teknik 15: Aplilasi Hybrid: Semuanya Secara Serentak
  • How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu
    Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan! Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang! Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!   Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka. Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum. Dalami tip berikut:           - Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia           - Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita           - Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita          - Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik Serta banyak lagi!
  • Young Aisyah: Summer Camp
    Aisyah Sofia dan kawan-kawannya menyertai perkhemahan motivasi pelajar anjuran sekolah. Ia diadakan di sebuah kawasan perkhemahan dalam hutan. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan. Mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar seperti meredah sungai, memasak, memanjat pokok, menyediakan khemah dan sebagainya. Mampukah mereka mengikuti program itu sehingga selesai?
  • Aku, Kau & Bola: Separuh Masa Pertama
    Himpunan komik yang menceritakan fasal keadaan bola sepak di Malaysia. Komik antologi yang wajib ada pada semua orang yang cintakan bola sepak. Antara komik yang terlibat adalah:   Harimau Malaya- Inilah Barisan Kita Penulis: Faizal Mukhtar Pelukis: Just Jimi19   Aku Bola Penulis/pelukis: Froggypapa   Skuad 1 Malaysia Penulis/pelukis: Reja   Pemain Simpanan  Penulis/pelukis: Suraya   Liga Rahsia Penulis: Nazry Pelukis: Afiq   Konklusi Penulis/pelukis: Lavendra   Cabaran! Penulis/pelukis: Bop   Kasut Bola Karu 10 Penulis/pelukis: Poyo   Aku, Kau & Xaira Penulis/pelukis: Reja