Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini27
mod_vvisit_counterSemalam82
mod_vvisit_counterMinggu Ini27
mod_vvisit_counterMinggu Lepas527
mod_vvisit_counterBulan Ini27
mod_vvisit_counterBulan Lepas2350
mod_vvisit_counterKeseluruhan30641

Online (20 minutes ago): 8
Your IP: 38.107.191.117
,
Now is: 2010-08-01 08:44

Online YM

Network Blog

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 : Dapatkan pelbagai Siri Komik-M di Gerai PTS
Ahad, 24 Januari 2010 14:53

Editor Komik-M sibuk memperbanyakkan judul komik yang bermutu tinggi untuk pembaca-pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Pengunjung-pengunjung juga dapat bertemu sendiri dengan pelukis-pelukis tersebut. Mengambil gambar bersama mereka dan mendapatkan tanda tangan mereka. Jangan lepaskan peluang anda berkunjung ke gerai PTS Publication nanti. Jumpa di sana...!

Add a comment
 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 : Kerja Kosong di PTSONE
Ahad, 24 Januari 2010 08:13

PTSONE adalah salah satu anak syarikat di bawah PTS PUBLICATION SDN BHD. Fokus mereka adalah menerbitkan buku-buku remaja. Novel-novel remaja. Kebiasaanya buku-buku PTSONE akan menjadi sasaran remaja dan kanak-kanak sepanjang pesta buku. Sebagaimana tahun lepas buku PTSONE mendapat sambutan yang amat hebat. Harapa tahun ini lebih hebat lagi dengan buku-buku terbaru mereka. Antara buku mereka, seperti buku-buku Aku Mahu Popular, Dear Yayah, Sayalah Puteri Raja, Sekolah Kampung dan banyak lagi. Anda berminat untuk berkerja di PTSONE ? Apa lagi, boleh lah menghantar resume anda ke Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .

Untuk Maklumat lanjut anda juga boleh melayari laman web mereka www.ptsone.com.my.

Jangan lupa... jumpa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. :)

Add a comment
 
Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2010 : Bakal tiba
Sabtu, 23 Januari 2010 08:55

Rasa macam bulan lepas pesta buku 2009. Pejam celik-pejam celik dah masuk tahun 2010. Masa berlalu begitu pantas. Sambutan pesta buku tahun 2009 masih lagi terasa, kesesakan di Booth pts. Aktiviti di jalankan dan yang paling penting jualan yang melepasi target yang disasarkan. Tahun ini bagaimana pula ? PTS menyewa 15 booth, sekarang peringkat memikirkan apakah konsep yang perlu diketengahkan, kebetulan PTS menyambut sempena ulang tahun ke-10. Konsep semestinya ada kaitan dengan ulang tahun ke 10. Masa berbaki lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. Moga PTS terus maju dan dapat bersaing dengan baik dalam dunia penerbitan buku-buku melayu. Chaiyok PTS......

Add a comment
 
Keretabagus.com
Sabtu, 09 Januari 2010 07:17

Proses menyiapkan web www.keretabagus.com/v2. Masih menggunakan joomla 1.5 Senang & mudah untuk diurus oleh pengguna.

Add a comment
 
Selamat Pengantin Baru buat Saiful & Khairul Nisa
Ahad, 03 Januari 2010 09:21

Semalam sempat menghadiri majlis akad nikah Saiful PTS. Sambil-sambil itu buat sesi foto di UIA. Lokasi yang cantik, terus ambil peluang untuk mengadakan sesi penggambaran di luar. Langit agak mendung. tetapi tidak hujan. Sesi penggambaran ini mengambil masa 2 jam di sekitar UIAM. Tahniah kepada Saiful dan Khairul Nisak, mudah-mudahan kalian berdua berbahagia.

Add a comment
 
Al-Quran pertama dalam bahasa Iban
Khamis, 31 Disember 2009 06:54

eksklusif Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu. Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS. Terjemahan itu berpandukan naskhah terjemahan paling popular dalam bahasa Melayu Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ainon Mohd lagi. Beliau juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak. "Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian," katanya

Add a comment
Baca Lagi... [Al-Quran pertama dalam bahasa Iban]
 
Logo Sek Men Puteri Wilayah
Rabu, 23 Disember 2009 08:09

Baru sahaja selesai trace logo sek men keb Puteri Wilayah. Software yang digunakan adalah ilustrator. Nasib baik logo sekolah ini tidak terlalu susah :)

Add a comment
 
Percutian di Ho Chi Minh
Isnin, 21 Disember 2009 21:57

Lama tidak menulis di web sendiri. Disebabkan masa dan kebuntuan idea untuk menulis, blog ini ditinggalkan tanpa sebarang coretan. Malam ini terasa ingin mencurahkan sedikit nukilan tentang Kota Ho Chin Minh. Seminggu berada di sana, banyak pengalaman yang diperolehi. Kata orang banyak berjalan luas pandangan. Hahah entah betul atau tidak. Tetapi kota saigon (Ho Chi Minh) memang menjanjikan beribu pengalaman, manis pahit dan masam. Pengalaman paling pahit adalah kehilangan X1(XPeria). Berlaku sekelip mata sahaja. Kejadian itu adalah hari pertama ketika sampai di Saigon. Semangat ingin bercuti terus sahaja padam. Rasanya petang itu juga ingin pulang ke Malaysia. Tetapi apakah daya terpaksa tunggu kerana penerbangan pulang ke Malaysia berbaki 6 hari lagi. Seterusnya persoalan makanan di sana. Ada kedai Muslim, tetapi satu kedai di satukan makanan halal dan makanan tidak halal, bawah untuk makanan tidak halal manakala di tingkat atas makanan halal. Rasa macam ngeri pula hendak makan disana. Nasik lemak dia pula Mahal RM 6 sebungkus. Alhamdulillah selepas dua hari di sana kami menziarahi sebuah masjid yang betul-betul berada di tengah bandar Saigon, Masjid Jamik Muslimin. Imam dan siak boleh berbahasa melayu dengan baik. Mereka menunjukkan beberapa kedai makan muslim di sana. Antaranya kedai di belakang Masjid. Sudah cukup bagus, tetapi makanannya agak mahal, ayam seketul harganya 58000 VND(RM 10) lebih kurang. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah makanan halal di Saigon memang mahal. Add a comment

Baca Lagi... [Percutian di Ho Chi Minh]
 
Komputer Baru
Ahad, 06 Disember 2009 06:57

Alhamdulillah, semalam sempat membeli sebiji komputer baru di low Yatt. Kenapa di low yatt ? tidak di pc fair ? kebetulan PC fair sedang berlansung sekarang. Jawapan mudah sahaja. Saya hendak mengelak daripada kesesakan orang ramai di PCFAIR. hehehehe tetapi sebaliknya, walaupun PCFAIR masih berlansung tetapi LOWYATT juga tidak sunyi daripada kunjungan orang ramai.

Add a comment
 
Kamus El-Mubtadi'
Sabtu, 05 Disember 2009 00:37

Alhamdulillah, sekarang perigkat final. Esok sekiranya tiada apa apa masalah akan terus dicetak. Semoga jualan tahun ini agak memberansagkan. Tunggu Buku Latihan Bahasa Arab pula.

Secara ringkasnya kamus ini adalah inisiatif penulis untuk membantu murid-murid tahun 1-6. Semua perkataan-perkataan di dalam kamus ini adalah berpandukan buku Teks Bahasa Arab Tahun 1-6. Selain itu juga kamus ini disertai dengan gambar-gambar yang menarik. Di harap dengan kehadiran kamus ini serba sedikit dapat membantu penguasaan bahasa Arab.

Jangan salah sangka, bukan saya yang menulisnya. Saya hanya membuat layout dan juga menguruskan hal ehwal percetakan kamus ini.

 

 

Add a comment
 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
Khamis, 26 November 2009 14:48

gambar ini diambil daripada web http://www.e-zakat.com.my. terima kasih

Add a comment
 
Ulat
Ahad, 11 Oktober 2009 10:54
Add a comment
 
Macro Lagi
Ahad, 04 Oktober 2009 10:24

Semalam ramai kawan-kawan datang ke rumah dengan bertujuan menziarah. Saya dan isteri tidak kemana-mana kecuali menunggu sahaja kawan-kawan datang. Sambil menunggu mereka, saya sempat melakukan aktiviti yang berfaedah dengan kamera saya antaranya ialah

 

Add a comment
 
Gambar Raya 2009
Ahad, 27 September 2009 11:59

Raya kedua di Masjid Terapung Terenggganu. Berhenti ambil gambar ketika perjalanan ke rumah nenek sebelah mak.

 

foto di Kedah.

 Perjalanan Pulang Ke KL

Add a comment
 
Tahniah Buat Ustaz Fakhrul
Ahad, 27 September 2009 09:00

Alhamdulillah majlis akad nikah sahabat kita iaitu Ustaz Fakhru razi berjalan dengan lancar, kini beliau sudah bergelar suami. Selamat pengantin baru untuk Ustaz Fakhrul. Saya sempat ke majlis akad nikah beliau di masjid zahir, kedah. Kebetulan ketika itu saya berada di kedah.

Add a comment
 
«MulaSblm123SeterusnyaTamat»

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Sembang




Komen

Buku PTS Terkini

PTS — Buku Baru Terbit
  • Puasa Terapi dalam Ibadah
     Membongkar rahsia keajaiban berpuasa sebagai terapi kesihatan yang holistik menurut Quran, hadis dan sains. Puasa adalah ibadah yang luar biasa.   Semakin kita komited dalam berpuasa, semakin sihat tubuh, jiwa dan minda kita.   Apakah rahsia yang terselindung di sebalik keajaiban ibadah puasa ini?   Puasa, Terapi dalam Ibadah ada jawapannya. Buku ini menjawab persoalan utama, berkaitan komitmen kita dalam melaksanakan ibadah puasa. Mengapa kita berpuasa? Apakah hikmah di sebaliknya? Apakah rahsia dan keajaiban yang terselindung? Apakah manfaat puasa kepada tubuh, jiwa dan minda kita?   Mari kita terokai keajaiban dan mukjizat ibadah puasa melalui Puasa, Terapi dalam Ibadah.
  • Kelab Gadis Ayu
    Hai, nama saya Lili. Ini adalah kisah saya dan rakan-rakan. Saya mencari calon pasangan untuk ayah yang telah lama menduda. Namun... sukarnya, Tuhan sahaja yang tahu. Calon pertama memang peramah dan ceria namun ayah pula pemalu. Calon kedua terlalu emosi dan Calon ketiga menipu kami! Saya serik! Di kolej pula, saya ada dua orang rakan sebilik yang seperti langit dan bumi. Amy adalah si ratu drama yang mengaku bahawa dirinya adalah Jessica Alba versi Melayu. Amy meminati semua benda berwarna merah jambu. Namun saya juga tahu, Amy ada rahsia. Suzana pula adalah seorang yang tegas dan tidak suka segala-gala yang Amy suka, termasuklah si Jessica Alba. Kata Amy, "kami adalah ahli Kelab Gadis Ayu." Komen Suzana, “jangan mengada-ngada.” Balas Amy, “Kita memang mengada-ngada. Tetapi... kita LAWA!”
  • Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
    Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya.
  • Didik Anak Gaya Rasulullah
    Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.  Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain. Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani. Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya. Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan. Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.
  • Nydia, Terendak dan Bintang: Junior vs Senior
    Kali ini Nydia dan rakan-rakan sudah menjadi senior apabila mereka melangkah ke tingkatan dua. Apabila mempunyai junior, mereka memikul tanggungjawab memantau dan menasihati para junior berkenaan hidup di hostel. Pelbagai peristiwa berlaku, namun akhirnya mereka semua berkawan baik.
  • Mudahnya Bisnes Dengan BlogShop
    Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat: - Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan. - Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan. - Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.
  • Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
    Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin. Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.
  • Atan Jambul-Kerana Tikus
    Atan Jambul adalah himpunan lima kisah yang menceritakan kenakalan Atan Jambul. Siri pertama ini yang bertajuk Kerana Tikus mengisahkan Atan yang cuba menipu gurunya. Namun kerana ada tikus di dalam begnya cikgunya mengetahui yang Atan sebenarnya berbohong. Bagi mengetahui kisah selanjutnya dapat buku ini di pasaran bagi mengetahui kisah-kisah lucu yang lain.
  • Menuai Hidayah Iman
    Pasti anda mahu tahu   Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya? Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia? Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman. Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.   Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah. Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai. Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.   Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.   Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.   Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.   Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.   Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.   Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.
  • Zara Misi Mustahil
    Mengisahkan berkenaan watak Zara Tan Sri Zamanis yang berusia sembilan belas tahun. Pelajar yang pandai, lasak, berani dan sedikit tomboy. Dia tidak pernah mengambil PMR kerana malas dan mengulang pada tahun berikutnya. Ini membuatkan usia Zara ketika mengambil SPM pada usia sembilan belas tahun. Zara pernah digelar samseng kerana hidupnya terlalu sosial. Selepas tamat SPM, Zara meminta kerja sementara di Kolej Elita. Izaz, Pengetua Kolej Elita memberi jawatan penjaga kafe siber. Semua kawannya mahu ke luar negara mengambil short course tetapi Zara tidak mahu pergi ke luar negara dan mahu kekal di Kolej Elita. Dalam misinya kali ini, Zara bersekongkol dengan Mak Cik Rohana, pekerja kantin bagi menjodohkan Ali dan Izaz. Tetapi dia perlu berlawan dengan Normawar yang mahu menjadikan Izaz sebagai ibu tirinya. Pada masa yang sama dia perlu bekerjasama dengan Normawar. Adakah misinya berjaya?