Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini66
mod_vvisit_counterSemalam54
mod_vvisit_counterMinggu Ini66
mod_vvisit_counterMinggu Lepas455
mod_vvisit_counterBulan Ini283
mod_vvisit_counterBulan Lepas2452
mod_vvisit_counterKeseluruhan33349

Online (20 minutes ago): 4
Your IP: 38.107.191.119
,
Now is: 2010-09-05 23:48

Online YM

Network Blog

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Samad
Isnin, 08 Februari 2010 23:43

Pagi tadi saya ditugaskan ke sekolah Menengah Datuk Abdul Samad di Port Dikson, Kami bertiga, Tuan Nazrul , Tuan Wahyudi dan saya bertolak seawal jam 4 pagi. Dengan satu tujuan iaitu menghadiri program penyampaian hadiah pertandingan saya mahu menang hadiah PTS. Kebetulan pemenang pertama adalah salah seorang pelajar tingkatan 2 di sekolah Menengah Datuk Abdul Samad. Dengan kemudahan google maps serta iphone 3g tuan nazrol kami mengambil masa selama satu jam lebih untuk sampai ke destinasi. Berhenti solat subuh di Port Dikson kemudian meneruskan perjalanan ke sekolah tersebut.

Lebih kurang pukul 6.45 pagi, kami sudah sampai di perkarangan sekolah itu. Waktu itu masih gelap, hanya beberapa orang pelajar yang kelihatan memasuki ruangan pagar sekolah. Kami terus menunggu sehingga Puan Zawiyah datang menjemput kami. Kami dipertemukan dengan Guru Besar sekolah itu. Alhamdulillah, Guru Besar sekolah itu baik dan ramah. Tuan Nazrul mengambil peluang memperkenalkan PTS kepada guru besar. Selesai sahaja berbual serba ringkas kami di bawa ke tempat perhimpunan sekolah. Di situ kami mengumumkan pelajar yang berjaya memenangi hadiah TV Plasma 42 inc. Majlis berjalan dengan lancar. majlis bersurai pada jam 9.00 pg.

Agenda seterusnya, adalah membuat pameran. alhamdulllah sambutan yang menggalakan terutamanya kepada buku-buku remaja. Kami berjaya mengutip RM 600 dalam masa satu jam sahaja. Selesai sahaja membuat pameran, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini adalah hari yang memenatkan.

Add a comment
 
Mengenali PTS Publication & Distributors
Ahad, 07 Februari 2010 22:46

Azmi, sekarang kerja kat mana ? tanya seorang kawan. Dengan ringkas saya menjawab "PTS". PTS itu apa ? tanyanya lagi. Saya menggaru kepala yang tidak gatal. Saya gagal memberi akronim yang tepat apakah PTS yang sebenarnya, apa yang saya tahu adalah tugas dan bisnes PTS dalam penerbitan buku. PTS sudah wujud genap 10 tahun. Bermula di janda baik, sekarang bertapak kukuh di Dolomite Bisnes Park, Batu Caves. (Kawasan Perindustrian yang baru). Bisnes utama adalah menerbitkan buku-buku bahasa melayu yang berkualiti. Mencari makan dengan mewujudkan pelbagai tajuk buku-buku bahasa melayu demi untuk membuktikan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Daripada buku kanak-kanak sehinggalah buku rujukan untuk golong profesional.

 

Add a comment
Baca Lagi... [Mengenali PTS Publication & Distributors]
 
Plug In Disqus
Ahad, 07 Februari 2010 20:33

Apa itu Disqus. Jawapan mudah sahaja. Disqus adalah salah satu plug in yang boleh intergrated dengan banyak CMS, seperti joomla, Wordpress, Drupal dan blogspot. Sistem yang canggih, boleh menggunakan Open ID, Facebook, yahoo mesengger dan beberapa sosial Network yang lain. Pengguna tidak perlu mendaftar untuk membuat komen pada sesebuah website. Cukup hanya dengan memiliki salah satu sosial network yang saya sebutkan di atas.

Ini akan memudahkan serta menjimatkan kerja pengguna. Selain itu, Sistem ini juga mempunyai sistem panel yang tersendiri supaya mudah untuk mengawal maklumat-maklumat yang datang ke dalam web  kita. Sama ada spam atau perkataan-perkataan yang tidak disenangi oleh pengguna.

Untuk Mendaftar Disqus dan menggunakan pada blog atau laman web anda. Boleh layari. http://disqus.com/

 

 

Add a comment
 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 : Dapatkan pelbagai Siri Komik-M di Gerai PTS
Ahad, 24 Januari 2010 14:53

Editor Komik-M sibuk memperbanyakkan judul komik yang bermutu tinggi untuk pembaca-pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Pengunjung-pengunjung juga dapat bertemu sendiri dengan pelukis-pelukis tersebut. Mengambil gambar bersama mereka dan mendapatkan tanda tangan mereka. Jangan lepaskan peluang anda berkunjung ke gerai PTS Publication nanti. Jumpa di sana...!

Add a comment
 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 : Kerja Kosong di PTSONE
Ahad, 24 Januari 2010 08:13

PTSONE adalah salah satu anak syarikat di bawah PTS PUBLICATION SDN BHD. Fokus mereka adalah menerbitkan buku-buku remaja. Novel-novel remaja. Kebiasaanya buku-buku PTSONE akan menjadi sasaran remaja dan kanak-kanak sepanjang pesta buku. Sebagaimana tahun lepas buku PTSONE mendapat sambutan yang amat hebat. Harapa tahun ini lebih hebat lagi dengan buku-buku terbaru mereka. Antara buku mereka, seperti buku-buku Aku Mahu Popular, Dear Yayah, Sayalah Puteri Raja, Sekolah Kampung dan banyak lagi. Anda berminat untuk berkerja di PTSONE ? Apa lagi, boleh lah menghantar resume anda ke Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .

Untuk Maklumat lanjut anda juga boleh melayari laman web mereka www.ptsone.com.my.

Jangan lupa... jumpa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. :)

Add a comment
 
Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2010 : Bakal tiba
Sabtu, 23 Januari 2010 08:55

Rasa macam bulan lepas pesta buku 2009. Pejam celik-pejam celik dah masuk tahun 2010. Masa berlalu begitu pantas. Sambutan pesta buku tahun 2009 masih lagi terasa, kesesakan di Booth pts. Aktiviti di jalankan dan yang paling penting jualan yang melepasi target yang disasarkan. Tahun ini bagaimana pula ? PTS menyewa 15 booth, sekarang peringkat memikirkan apakah konsep yang perlu diketengahkan, kebetulan PTS menyambut sempena ulang tahun ke-10. Konsep semestinya ada kaitan dengan ulang tahun ke 10. Masa berbaki lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. Moga PTS terus maju dan dapat bersaing dengan baik dalam dunia penerbitan buku-buku melayu. Chaiyok PTS......

Add a comment
 
Keretabagus.com
Sabtu, 09 Januari 2010 07:17

Proses menyiapkan web www.keretabagus.com/v2. Masih menggunakan joomla 1.5 Senang & mudah untuk diurus oleh pengguna.

Add a comment
 
Selamat Pengantin Baru buat Saiful & Khairul Nisa
Ahad, 03 Januari 2010 09:21

Semalam sempat menghadiri majlis akad nikah Saiful PTS. Sambil-sambil itu buat sesi foto di UIA. Lokasi yang cantik, terus ambil peluang untuk mengadakan sesi penggambaran di luar. Langit agak mendung. tetapi tidak hujan. Sesi penggambaran ini mengambil masa 2 jam di sekitar UIAM. Tahniah kepada Saiful dan Khairul Nisak, mudah-mudahan kalian berdua berbahagia.

Add a comment
 
Al-Quran pertama dalam bahasa Iban
Khamis, 31 Disember 2009 06:54

eksklusif Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu. Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS. Terjemahan itu berpandukan naskhah terjemahan paling popular dalam bahasa Melayu Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ainon Mohd lagi. Beliau juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak. "Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian," katanya

Add a comment
Baca Lagi... [Al-Quran pertama dalam bahasa Iban]
 
Logo Sek Men Puteri Wilayah
Rabu, 23 Disember 2009 08:09

Baru sahaja selesai trace logo sek men keb Puteri Wilayah. Software yang digunakan adalah ilustrator. Nasib baik logo sekolah ini tidak terlalu susah :)

Add a comment
 
Percutian di Ho Chi Minh
Isnin, 21 Disember 2009 21:57

Lama tidak menulis di web sendiri. Disebabkan masa dan kebuntuan idea untuk menulis, blog ini ditinggalkan tanpa sebarang coretan. Malam ini terasa ingin mencurahkan sedikit nukilan tentang Kota Ho Chin Minh. Seminggu berada di sana, banyak pengalaman yang diperolehi. Kata orang banyak berjalan luas pandangan. Hahah entah betul atau tidak. Tetapi kota saigon (Ho Chi Minh) memang menjanjikan beribu pengalaman, manis pahit dan masam. Pengalaman paling pahit adalah kehilangan X1(XPeria). Berlaku sekelip mata sahaja. Kejadian itu adalah hari pertama ketika sampai di Saigon. Semangat ingin bercuti terus sahaja padam. Rasanya petang itu juga ingin pulang ke Malaysia. Tetapi apakah daya terpaksa tunggu kerana penerbangan pulang ke Malaysia berbaki 6 hari lagi. Seterusnya persoalan makanan di sana. Ada kedai Muslim, tetapi satu kedai di satukan makanan halal dan makanan tidak halal, bawah untuk makanan tidak halal manakala di tingkat atas makanan halal. Rasa macam ngeri pula hendak makan disana. Nasik lemak dia pula Mahal RM 6 sebungkus. Alhamdulillah selepas dua hari di sana kami menziarahi sebuah masjid yang betul-betul berada di tengah bandar Saigon, Masjid Jamik Muslimin. Imam dan siak boleh berbahasa melayu dengan baik. Mereka menunjukkan beberapa kedai makan muslim di sana. Antaranya kedai di belakang Masjid. Sudah cukup bagus, tetapi makanannya agak mahal, ayam seketul harganya 58000 VND(RM 10) lebih kurang. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah makanan halal di Saigon memang mahal. Add a comment

Baca Lagi... [Percutian di Ho Chi Minh]
 
Komputer Baru
Ahad, 06 Disember 2009 06:57

Alhamdulillah, semalam sempat membeli sebiji komputer baru di low Yatt. Kenapa di low yatt ? tidak di pc fair ? kebetulan PC fair sedang berlansung sekarang. Jawapan mudah sahaja. Saya hendak mengelak daripada kesesakan orang ramai di PCFAIR. hehehehe tetapi sebaliknya, walaupun PCFAIR masih berlansung tetapi LOWYATT juga tidak sunyi daripada kunjungan orang ramai.

Add a comment
 
Kamus El-Mubtadi'
Sabtu, 05 Disember 2009 00:37

Alhamdulillah, sekarang perigkat final. Esok sekiranya tiada apa apa masalah akan terus dicetak. Semoga jualan tahun ini agak memberansagkan. Tunggu Buku Latihan Bahasa Arab pula.

Secara ringkasnya kamus ini adalah inisiatif penulis untuk membantu murid-murid tahun 1-6. Semua perkataan-perkataan di dalam kamus ini adalah berpandukan buku Teks Bahasa Arab Tahun 1-6. Selain itu juga kamus ini disertai dengan gambar-gambar yang menarik. Di harap dengan kehadiran kamus ini serba sedikit dapat membantu penguasaan bahasa Arab.

Jangan salah sangka, bukan saya yang menulisnya. Saya hanya membuat layout dan juga menguruskan hal ehwal percetakan kamus ini.

 

 

Add a comment
 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
Khamis, 26 November 2009 14:48

gambar ini diambil daripada web http://www.e-zakat.com.my. terima kasih

Add a comment
 
Ulat
Ahad, 11 Oktober 2009 10:54
Add a comment
 
«MulaSblm123SeterusnyaTamat»

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Sembang




Komen

Buku PTS Terkini

PTS — Buku Baru Terbit
  • Budak Takraw #2
    Setiap pasukan mengimpikan jurulatih yang bagus bagi mencapai kejayaan. Begitu juga dengan geng Budak Takraw iaitu Rizal, Ali dan Azman. Selepas beberapa bulan bermain tanpa bimbingan, akhirnya mereka mendapat jurulatih. Namun jurulatih yang mereka dapat tidak seperti yang dibayangkan. Apa yang mereka dapat adalah pembuli, mata keranjang dan kaki lawak. Apa akan jadi dengan nasib Budak Takraw selepas ini?
  • Armagedon: 2012
    Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri. Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami. Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).
  • Didik Anak Gaya Rasulullah
    Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.  Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain. Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani. Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya. Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan. Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.
  • Keajaiban Ramadan
    Selalunya keindahan Ramadan itu ditampilkan dalam bentuk ruang keampunan yang disediakan dalam sepuluh hari pertama, siraman rahmat dan keberkatan pada sepuluh hari kedua dan dijauhkan daripada emosi api neraka dalam sepuluh hari terakhir. Kemuncak pada keindahan itu adalah tawaran bagi mengecapi nikmat ibadah yang tidak ternilai iaitu Lailatul Qadar. Ramadan juga menjadi istimewa berbanding bulan-bulan lain disebabkan oleh amalan berpuasa. Tempoh sebulan berpuasa datang dengan seribu satu keajaiban yang memberi impak positif kepada kesihatan tubuh badan manusia. Namun, persoalannya adakah setakat itu sahaja keindahan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Ramadan? Apakah ada keistimewaan lain yang membuktikan wujudnya seribu satu keajaiban yang dijanjikan Allah kepada Umat Islam dengan hadirnya Ramadan? Keajaiban Ramadan membongkar persoalan ini. Ia membongkar keajaiban-keajaiban Ramadan yang lain antaranya sejarah Ramadan, peristiwa-peristiwa bersejarah yang terjadi pada bulan Ramadan, peristiwa penting yang terjadi pada diri Nabi Muhammad dalam bulan Ramadan, fadhilat Ramadan, keistimewaan Ramadan, pensyariatan Ramadan, keberkatan Ramadan, keajaiban berpuasa pada bulan Ramadan dan keajaiban Ramadan dalam memberikan kesan kepada intelektual, fizikal dan emosi umat Islam.
  • Ketua Bilik LA 101: Kami Hero!
    Firdaus, Aidil dan Munir cuba menyelesaikan pelbagai masalah di asrama mereka. Kes kecurian? Kebimbangan sekiranya Sani kembali ke tabiat lama? Cirit-birit? Oh, kasihannya! Berjayakah mereka?
  • Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
    Peti derma Masjid Victoria tidak boleh dibuka kerana nombor kombinasinya entah ke mana. Zahra, gadis pemalu yang suka bertudung hitam diarahkan menyiasatnya. Dibantu dengan rakan-rakannya yang juga pemalu, Zahra perlu berhadapan dengan penduduk Kampung Nabawan Vitoria yang aneh-aneh. Bukan sahaja perlu menyiasat, Zahra juga perlu bersaing dengan seorang penyiasat yang gemar berpakaian putih. Penyiasat yang sentiasa mendahului Zahra. Namun, tanpa mereka sedari, semua langkah mereka sudah diperhatikan oleh seorang perempuan bertudung biru. Apa seterusnya yang terjadi kepada Zahra dan rakan-rakannya?   Ini bukan kisah berkenaan itu sahaja. Temui juga Tuan Crocodile, Mawar Astakona Harum Berlima dan L. Jalil dan ramai lagi watak yang akan mengharu birukan hidup Zahra dan rakan-rakannya.
  • 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza
    Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan 365 resipi hasil kreativiti CHef Hanieliza yang boleh dicuba setiap hari. Antara resipi istimewa yang terkandung di dalam buku ini ialah aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan barat, makanan laut, mihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan desert, ikan, kuih kukus serta kuih muih minum petang.
  • Tuhan Masih Mencintaiku
    Azrul Rasyid mengalami perubahan 360 darjah dari segi sikap dan peribadi. Namun berhijrah dari kelaziman kepada sesuatu yang baru, segar dan lebih putih tidak semudah yang disangkakan. Ketika inilah ramai mengambil peluang membalas dendam dan memulangkan paku buah keras kepada Azrul. Hubungan dengan Khalida Atikah ada pasang surutnya. Dari meja hiburan yang sentiasa mengintai dan mengekori artis dan bermain dengan gosip, Azrul Rasyid, Khalida dan rakan lain sudah membuat tim baru. Mereka menyelongkar kisah getir masyarakat yang lebih menginsafkan. Malah Azrul dan Khalida berpeluang menyaksikan sendiri kegetiran pelarian perang sewaktu membuat liputan akhbar. Azrul berusaha mengumpul dana dan derma dari artis kenalannya dahulu untuk membantu mereka yang memerlukan. Akan tetapi ramai mempertikaikan... duit artis, duit hasil nyanyian. Apakah layak dijadikan sumbangan ke arah kebaikan? Hidup peribadi Azrul Rasyid juga tertekan apabila kisah sejarah hitam ibunya menjadi buah mulut ramai. Baru kini Azrul memahami betapa sakitnya diri apabila difitnah dan dijadikan bahan gosip. Dia akhirnya mendapat tahu dia bukan anak kandung orang tuanya. Dia adalah anak yang tidak diingini. Ibunya satu ketika dahulu dirogol oleh bekas kekasih biarpun sudah bergelar isteri orang. Masalah bertambah sukar apabila yang kenangan bersama arwah Nureen sering menganggu tidurnya. Dosa silam tidak terbasuh dengan air mata biarpun saban malam dia menekur di sejadah memohon ampun. Cik Latifah yang sudah keluar dari wad sakit jiwa kembali mengganas. Dendamnya sampai mati! Hanya kekuatan iman dan ketabahan yang luar biasa membantu Azrul Rasyid bangkit dari puing-puing luka cerita lama.
  • Muhammad Al Fateh - edisi jimat
    Panglima dan pemimpin Islam yang membuka Konstantinopel. Kota yang dikhabarkan tidak akan mampu ditakluki oleh sesiapa pun. Dia lahir menjadi panglima yang mengukuhkan Empayar Uthman Turki. Kisahnya dinukilkan dengan padat dan teliti dalam novel ini.
  • Salahudin Ayubi - edisi jimat
    Kisah pejuang yang membebaskan Baitulmuqaddis. Panglima yang berjiwa besar dan tidak pernah gusar dengan apa pun. Menghancurkan semua penghalang namun tetap lembut pada yang lemah. Inilah novel yang mengisahkan kisah beliau.