Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini25
mod_vvisit_counterSemalam82
mod_vvisit_counterMinggu Ini25
mod_vvisit_counterMinggu Lepas527
mod_vvisit_counterBulan Ini25
mod_vvisit_counterBulan Lepas2350
mod_vvisit_counterKeseluruhan30639

Online (20 minutes ago): 10
Your IP: 38.107.191.119
,
Now is: 2010-08-01 08:34

Online YM

Network Blog

Microsite Baca @ Ramadan 2010
Khamis, 20 Mei 2010 06:54

Buat masa sekarnag saya sedang menyiapkan Laman mini untuk Baca @ Ramadan 2010, tahun ini pts mengambil tindakan yang awal untuk mempromosikan buku-buku menjelang ramadan 2010. Lebih 30 buah buku yang terlibat dalam promosi ini. untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan promosi Baca @ ramadan 2010. Bolehlah berkunjung ke laman mini Baca@Ramadan yang akan siap tidak lama llagi. Tunggu kemunculannya....

Add a comment
 
Lama tidak menulis
Isnin, 03 Mei 2010 07:26

Lama tidak menulis dalam entry blog sendiri, sejak akhir-akhir ini sibuk dengan beberapa urusan. Selain itu kebetulan sudah tiada idea untuk menulis. Mungkin disebabkan saya kurang membaca, sejak akhir-akhir ini, hobi membaca semakin menurun. Ini adalah prestasi buruk. Semoga idea akan datang mencurah-curah hasil daripada pembacaan buku :)

Add a comment
 
Wallpaper Kamik-M
Isnin, 12 April 2010 01:44

Komik-M sudah melancarkan Wallpaper yang terkini. Pelbagai design yang menarik.

 

Untuk Maklumat Lanjut www.komik-m.com

 

Aku, Kau & Komik
thumb_akukaukomik
Aku Kau Komik (78)
Liga Pendekar + Langkamaya
thumb_ligapendekarlangkamaya
Liga Pendekar + Langkamaya (63)
Lili Lulu Lala
lililululala
Lili Lulu Lala (35)
Kartini
kartini
Kartini (45)

Add a comment
 
Google book search
Rabu, 24 Mac 2010 21:48

Hari ini berpeluang menghadiri seminar google book search yang dikendalikan oleh Jawatankuasa PBAKL 2010 di bilik seminar kedah/johor. Wakil google book search sendiri yang turun ke pesta buku untuk menerangkan kepada penerbit-penerbit di malaysia mengenai isu google book search. Apa itu google book search ? Mungkin ramai yang sudah tahu.? Bagi memudahkan pencarian kita, boleh search di google search.

Seminar tadi ada satu yang menarik perhatian saya adalah tentang epub dan juga e-reader. Google cuba menampilkan dengan sesuatu yang lebih baru iaitu epub. Iaitu pembelian buku digital secara online. Apa yang lebih hebat lagi buku digital google ini boleh disokong oleh semua device, seperti iphone, android & Windows mobile, elink dan beberapa device lain. Google Edition ini dibeli secara online menggunakan kad kreadit, dan yang paling hebat lagi akaun yang digunakan secara dinamik. seperti kita menggunakan email google. Di mana-mana device kita boleh membaca e-books itu. Sama ada di PC, handphone, pdaphone atau e-link.

Google edition (Ebook google) ini akan dilancarkan sepenuhnya pada bulan september 2010, tunggu kemunculan e-books.

Add a comment
 
Aktiviti Siang Hari di PWTC memenatkan
Selasa, 23 Mac 2010 23:06

Sudah 5 hari Pesta buku berlansung, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi penganjur dan penerbit. PTS memang banyak aktiviti, PTS mensasarkan jualan pada tahun ini agak tinggi berbanding tahun lepas, adakah PTS mampu melakukan sekali lagi kejutan..? tunggu dan lihat..

Hari ini bapak Wishnu Sosonko daripada indonesia berbicara lagi. Kali ini berkaitan dengan buku terbaru beliau iaitu Alexendar adalah Zulkarnain, percambahan pendapat yang telah dibukukan membuka lembaran baru perbincangan buku antara penulis malaysia dan penulis indonesia. Moga kita semua mendapat maanfaat daripada percambahan ilmu ini.

Add a comment
 
PTS versi baru
Isnin, 15 Mac 2010 23:15

Pts.com.my versi 4 kini hampir 98% siap dibina. dan sudah di paparkan sekarang. Design lebih kemas, maklumat yang teratur. Walaubagaimanapun masih ada penambahan yang akan dilakukan secara berperingkat. Website ini adalah persembahan terbaru untuk peminat-peminat buku PTS. Penuh informasi dan lebih mesra pengguna. Layari laman web PTS. www.pts.com.my

Add a comment
 
Bagaimana Mendapat buku Percuma di Pesta Buku 2010
Jumaat, 12 Mac 2010 08:20

Bagaimana Mendapat buku Percuma di Pesta Buku 2010 ? jawapan senang sahaja, anda perlu menjadi antara 100 orang terawal ke Booth PTS. PTS akan memberi kepada anda buku percuma itu. untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.pts.com.my/pestabuku

Add a comment
 
pedangmujahdi.net sudah stabil
Jumaat, 12 Mac 2010 08:06

Hampir seminggu pedangmujahid.net menghadapi masalah teknikal, dan tidak dapat buka. Alhamdulillah kerja-kerja teknikal sudah selesai. Mulai hari ini pedangmujahid.net boleh dilayari seperti biasa. Mohon maaf diatas semua kesulitan. Terima kasih kerasa masih setia melayari web ini.

Add a comment
 
Pesta Buku Antarabangsa KL 2010
Ahad, 07 Mac 2010 09:05

12 hari sahaja lagi kita akan bertemu di pesta buku antarabangsa KL 2010. Bagi penerbit, peminat dan juga ulat-ulat buku semestinya tertunggu-tunggu hari yang keramat itu. Seperti biasa, pesta buku kali ini akan diadakan di PWTC selama 10 hari. Bermula 19 Mac 2010 sehingga 29 Mac 2010. Perbezaan kali ini adalah penganjur telah melebarkan sayap pameran sehingga ke seberang sungai. Mungkin memandangkan sambutan pesta buku tahun lepas agar luar biasa. Penerbit PTS akan berada di seberang sungai. Pelbagai aktiviti menarik yang akan disajikan kepada pengunjung. Antaranya PTS akan menawarkan kupon 25 % kepada fan PTS Book. Buku percuma kepada pengunjung yang datang awal dan membeli di booth pts, bertemu dengan penulis-penulis PTS dan bermacam-macam lagi.

Untuk memuat turun kupon diskaun PTS, anda boleh melayarai laman web www.pts.com.my/pestabuku.

 

Add a comment
 
Google Analytics
Jumaat, 05 Mac 2010 07:35

Memudahkan tracking laman web anda. Saya mula munggunakan google analytics ini setelah berkerja dengan PTS Publication. PTS menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan aplikasi yang di bina oleh google. Anda perlu membuat beberapa langkah untuk membuat tracking laman web anda.

1. Anda perlu mendaftar email google.com "Sign Up"

2. Sign in google analytics menggunakan email gmai.

3. create account web dalam google analytics.

4. copy skrip analytics kemudian paste dalam index.html pada laman web anda. Sejurus itu google akan membuat semakan ke atas laman web anda.

Sungguh mudah. bermula hari itu, anda akan mengetahui siapakah yang mengunjungi web anda. Berapa bilangan orang yang berkunjung laman web anda mengikut hari, minggu, bulan & tahun.

Bagi tujuan marketing google analytics adalah sangat bagus. Ini akan memudahkan demografi peminat-peminat anda berada di mana. Siapa kah mereka dan bermacam-macam lagi. Selamat mencuba. Sekiranya ada sebarang masalah. boleh lah menghubungi saya.

Add a comment
 
Demo Memasak Bersama Chef Hanieliza
Ahad, 28 Februari 2010 11:10

Semalam berkunjung ke pesta buku Terengganu. Aktiviti yang pts jalankan adalah demo memasak Chef Hanieliza, program berjalan dengan baik, ramai juga para ibu yang datang dan mendengar cara-cara memasak resepi yang dicipta oleh Chel Hanieliza. Beliau telah menulis lebih 10 buku dengan PTS. Berkaitan dengan resepi-resipi masakan tempatan dan juga masakan ala barat.

Antara yang paling ramai apabila selesai aktiviti itu, ramai pengunjung yang beratur untuk mencuba masakan chef Hanieliza.

Program selesai jam 5.00 petang.

Add a comment
 
Kedai Air Buah Gelas Besar
Sabtu, 27 Februari 2010 08:52

Semalam saya bersama isteri keluar ke seberang takir dengan satu hajat membasahkan tekak kami dengan air buah di kedai yang popular di terengganu. Ini adalah kali ketiga sepanjang hayat saya minum di kedai itu. Lokasi kedai di Seberang Takir, Kuala Terengganu, Kedai ini adalah salah satu kedai yang paling terkenal di Kuala Terengganu, pernah mendapat liputan akhbar tempatan dan telivision. Apa yang menarik di kedai ini adalah semua jenis Air buah ada dijual disini dengan pelbagai saiz dan harga. Harga dia pula boleh tahan, Murah dan memikat hahaha. Rasa terkejut pula, kalau kat KL RM 4.50 di kedai itu hanya RM 2 sahaja. Puas hati.

Aktivtiti hari ini pula, mencari keperluan di pasar kedai payang, selepas itu terus ke Pesta Buku Terengganu. Dengar-dengar ramai orang yang datang berkunjung ke pesta buku. Insyallah hari ini saya akan singgah ke sana, jika berpeluang saya akan 'snap' dua tiga keping gambar.

Jom ke sana...!!

Add a comment
 
Promosi Maulidur Rasul
Ahad, 14 Februari 2010 08:32

PTS sedang giat mempromosikan sambutan Maulidur Rasul. 9 Buah buku berkaitan dengan sirah Nabi sedang giat dijalankan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku-buku terbitan pts itu. Boleh lah layarai laman www.pts.com.my/maulud. Pembelian di bookcafe.com.my juga akan mendapat diskaun yang menarik.

Antara kaedah promosi yang dijalankan oleh PTS adalah. Membina sebuat microsite yang mempamirkan buku-buku terbitan pts. Mempamirkan video-video khas sempenan sambutan Maulidur Rasul, dan yang terakhir berkerjasam dengan Radio Ikim untuk menyiarkan iklan-iklan mengenai buku-buku terbitan PTS. Selain itu PTS juga giat menjalankan viral marketing melalui promoi facebook dan twitter. Ini adalah medium baru untuk mempromosikan Syarikat PTS Publication. Semoga dengan cara ini, penjualan buku-buku PTS terus meningkat, disamping meninggalkan kesan minat membaca kepada masyarakt.

 

Youtube PTS. Tentang Maulidur Rasul

 

Buku-buku yang terlibat dalam promosi Maulidur Rasul.

 

 

Add a comment
 
Tambah Widget Disqus
Sabtu, 13 Februari 2010 21:03

Bagaimana menambah widger dkisqus pada laman web anda. Cara nya sangat mudah. Setelah anda mendaftar dan melanggan plug in disqus. Anda perlu klik pada ruangan tool.

Kemudian pilih widget yang di perlukan. sama ada komen terkini, komen popular, dan beberapa item lagi. Kemudian membuat pilihan berkaitan dengan komen. Jumlah item yang ingin di papakan. Rankin moderator dan sebagainya.

Kemudian yang terakhir anda salin/copy script yang di paparkan dan tampal/paste skrip itu ke laman utama website anda. Pasti berjaya. Selamat Mencuba.

Add a comment
 
Kejohanan Bowling kali ke-4 Anjuran PTS Publication
Jumaat, 12 Februari 2010 07:54

Semalam berlangsung kejohanan bowling PTS. Program ini dalah aktiviti tahunan PTS yang di anjurkan oleh kelab sukan PTS. Bertujuan ke arah mewudujkan PTS sihat, sementara melihat bakat-bakat baru dalam arena sukan bowling ( cewah macam berita lah pula). Pelbagai aksi yang ada, longkang kiri dan kanan sudah menjadi kebiasaan, heheheh terutamanya pemain-pemain wanita, hehehe tetapi lelaki juga tidak kecuali, ada sahaja longkang yang menjadi sasarannya. Itu tidak mengapa, apa yang penting semangat sukan dan juga keriangan yang membolehkan staff PTS melupakan sekejap bebanan kerja seharian mereka di pejabat. Keputusan kejohanan berpihak pada cakcikbo, nampaknya cakcikbo berjaya mengekalkan kehebatan mereka dalam arena bowling, begitu juga dengan pasukan Win-Win masih mengekalkan kedudukan tempat kedua, cuma berbeza adalah pasukan Boom dan C-G. Mereka saling bertukar tempat, tempat ketiga dan keempat.

Menang dan kalah itu bukan ukuran, sudah menjadi adab dalam perlawanan setiap pasukan ada kalah dan ada yang menang, yang penting semangat kerjasama di setiap ahli pasukan, sepertimana Tag Line Cakcikbo yang dicuri daripada cerita Wonder Pet ( Apa yang sama ? kerjasama !!!). Hahhaha cakcikbo jangan marah.

Bowling berakhir jam 12 mlm. penat sunguh. hari ini perlu kerja, menyiapkan baki kerja yang masih tinggal sebelum bercuti.

Add a comment
 
«MulaSblm123SeterusnyaTamat»

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Sembang




Komen

Buku PTS Terkini

PTS — Buku Baru Terbit
  • Puasa Terapi dalam Ibadah
     Membongkar rahsia keajaiban berpuasa sebagai terapi kesihatan yang holistik menurut Quran, hadis dan sains. Puasa adalah ibadah yang luar biasa.   Semakin kita komited dalam berpuasa, semakin sihat tubuh, jiwa dan minda kita.   Apakah rahsia yang terselindung di sebalik keajaiban ibadah puasa ini?   Puasa, Terapi dalam Ibadah ada jawapannya. Buku ini menjawab persoalan utama, berkaitan komitmen kita dalam melaksanakan ibadah puasa. Mengapa kita berpuasa? Apakah hikmah di sebaliknya? Apakah rahsia dan keajaiban yang terselindung? Apakah manfaat puasa kepada tubuh, jiwa dan minda kita?   Mari kita terokai keajaiban dan mukjizat ibadah puasa melalui Puasa, Terapi dalam Ibadah.
  • Kelab Gadis Ayu
    Hai, nama saya Lili. Ini adalah kisah saya dan rakan-rakan. Saya mencari calon pasangan untuk ayah yang telah lama menduda. Namun... sukarnya, Tuhan sahaja yang tahu. Calon pertama memang peramah dan ceria namun ayah pula pemalu. Calon kedua terlalu emosi dan Calon ketiga menipu kami! Saya serik! Di kolej pula, saya ada dua orang rakan sebilik yang seperti langit dan bumi. Amy adalah si ratu drama yang mengaku bahawa dirinya adalah Jessica Alba versi Melayu. Amy meminati semua benda berwarna merah jambu. Namun saya juga tahu, Amy ada rahsia. Suzana pula adalah seorang yang tegas dan tidak suka segala-gala yang Amy suka, termasuklah si Jessica Alba. Kata Amy, "kami adalah ahli Kelab Gadis Ayu." Komen Suzana, “jangan mengada-ngada.” Balas Amy, “Kita memang mengada-ngada. Tetapi... kita LAWA!”
  • Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
    Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya.
  • Didik Anak Gaya Rasulullah
    Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.  Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain. Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani. Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya. Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan. Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.
  • Nydia, Terendak dan Bintang: Junior vs Senior
    Kali ini Nydia dan rakan-rakan sudah menjadi senior apabila mereka melangkah ke tingkatan dua. Apabila mempunyai junior, mereka memikul tanggungjawab memantau dan menasihati para junior berkenaan hidup di hostel. Pelbagai peristiwa berlaku, namun akhirnya mereka semua berkawan baik.
  • Mudahnya Bisnes Dengan BlogShop
    Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat: - Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan. - Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan. - Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.
  • Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
    Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin. Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.
  • Atan Jambul-Kerana Tikus
    Atan Jambul adalah himpunan lima kisah yang menceritakan kenakalan Atan Jambul. Siri pertama ini yang bertajuk Kerana Tikus mengisahkan Atan yang cuba menipu gurunya. Namun kerana ada tikus di dalam begnya cikgunya mengetahui yang Atan sebenarnya berbohong. Bagi mengetahui kisah selanjutnya dapat buku ini di pasaran bagi mengetahui kisah-kisah lucu yang lain.
  • Menuai Hidayah Iman
    Pasti anda mahu tahu   Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya? Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia? Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman. Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.   Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah. Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai. Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.   Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.   Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.   Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.   Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.   Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.   Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.
  • Zara Misi Mustahil
    Mengisahkan berkenaan watak Zara Tan Sri Zamanis yang berusia sembilan belas tahun. Pelajar yang pandai, lasak, berani dan sedikit tomboy. Dia tidak pernah mengambil PMR kerana malas dan mengulang pada tahun berikutnya. Ini membuatkan usia Zara ketika mengambil SPM pada usia sembilan belas tahun. Zara pernah digelar samseng kerana hidupnya terlalu sosial. Selepas tamat SPM, Zara meminta kerja sementara di Kolej Elita. Izaz, Pengetua Kolej Elita memberi jawatan penjaga kafe siber. Semua kawannya mahu ke luar negara mengambil short course tetapi Zara tidak mahu pergi ke luar negara dan mahu kekal di Kolej Elita. Dalam misinya kali ini, Zara bersekongkol dengan Mak Cik Rohana, pekerja kantin bagi menjodohkan Ali dan Izaz. Tetapi dia perlu berlawan dengan Normawar yang mahu menjadikan Izaz sebagai ibu tirinya. Pada masa yang sama dia perlu bekerjasama dengan Normawar. Adakah misinya berjaya?